MotivasiKerjaya

6 Tips Bagaimana Nak Tingkatkan Motivasi Diri. Tips #6 Adalah Tips PERCUMA Yang Ramai Tak Nampak

Pernah tak anda rasa tak ada motivasi bila nak buat sesuatu kerja ataupun dalam kerja-kerja yang anda lakukan?

Mesti pernah kan? Siapa yang tak pernah?

Benda ini sangat normal selagi anda adalah seorang manusia. Motivasi kita memang ada naik turunnya (sama macam iman di dalam diri kita kan).

Semua orang pernah alaminya. Saya yang berkongsi dengan anda dalam artikel ni pun pernah rasa tak ada motivasi untuk lakukan kerja-kerja harian (bukan selalu, tapi pernah ada).

Jadi apa yang kita lakukan? Nak duduk diam je ke?

Nak terus moody sampai tak ada satu pun benda yang kita buat sepanjang hari tu?

Itu namanya dah membuang masa!

Time wait for no man. If you wasted it, you will never get it back. So use time wisely, not to waste it without doing nothing!

Faisal Badry

Ok sebelum kita pergi jauh, suka untuk saya ajak anda untuk sama-sama like Facebook Page Bicara Usahawan serta subscribe dan tekan bell notification pada YouTube Channel Bicara Usahawan.

Semoga dengan sokongan yang anda berikan ini dapat membakar semangat saya untuk berkongsi lebih lagi dengan anda.

Tak lupa juga dengan Blog Bicara Usahawan ni. Anda boleh support dengan tinggalkan komen-komen yang bernas dalam setiap artikel perkongsian saya dalam blog ini.

Anda dah baca artikel saya mengenai 5 Rahsia Tersembunyi Bagaimana Nak Improve Online Presence?

Ada saya kongsikan tips bagaimana anda boleh tingkatkan online presence anda di internet.

Kalau anda belum baca lagi, boleh terus baca di sini.

Semoga artikel ini pun dapat bagi manfaat kepada anda.

Ini juga merupakan satu pembakar semangat kepada saya untuk menghasilkan lebih lagi perkongsian-perkongsian yang lebih berkualiti serta bermanfaat buat anda pembaca setia Blog Bicara Usahawan.

Kalau anda rasa perkongsian-perkongsian saya sangat bermanfaat buat anda, tolong sebar-sebarkan perkongsian-perkongsian saya dalam Blog Bicara Usahawan ini agar lebih ramai lagi yang dapat manfaat seperti anda.

Ok dengan tidak membuang masa lagi, jom kita kupaskan topik kita pada artikel perkongsian kali ini mengenai tips bagaimana nak tingkatkan motivasi diri.

Jom teruskan membaca!

6 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Anda Secara PERCUMA!

Percaya atau tidak, sebenarnya untuk tingkatkan motivasi diri ini sebenarnya adalah PERCUMA sahaja!

Tapi kenapa masih ramai lagi orang di luar sana yang selalu sahaja tak ada motivasi diri?

Kenapa ramai orang yang sanggup berbelanja beribu-ribu semata-mata untuk tahu bagaimana nak tingkatkan motivasi dalam diri mereka?

Bukan saya katakan pergi kelas-kelas atau seminar motivasi ni tak boleh. Boleh je kalau anda ada kemampuan dan keinginan untuk belajar pasal benda-benda ni.

Tapi hakikatnya tak ramai orang yang ada kemampuan dari segi kewangan untuk ikuti seminar-seminar dan kelas-kelas ini sebab mahar atau harga untuk ikuti kelas-kelas atau seminar ini bukannya murah.

Itulah harganya kalau anda nak dapatkan ilmu tentang motivasi yang berkualiti.

Ok kalau dah kelas dan seminar pun ribu riban, habis tu macam mana dengan mereka yang tak ada kemampuan?

Mana semua orang ada kemampuan untuk bayar ribu riban macam tu semata-mata nak ikut kelas atau seminar kan?

Tak kan lah tak ada cara yang PERCUMA kot!

Ada sebenarnya dan anda boleh buat dengan mudah! Dan paling penting ianya PERCUMA je nak buat.

So anda semua dah ready ke ready nak baca perkongsian saya mengenai 6 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri ni?

Kalau dah ready, let’s get on with it!

Beri Ganjaran Untuk Setiap Progress Anda

Tingkatkan-Motivasi-Diri-Dengan-Reward

Senang tak nak buat benda ni? Ini adalah antara benda basic dan simple yang anda boleh lakukan tanpa sebarang kos ataupun kos yang kecil.

Tapi masalahnya tak ramai orang yang buat!

Mungkin ada yang tahu, tapi berapa ramai yang buat?

Tahu dan buat sebenarnya adalah sesuatu yang berbeza.

Saya nak tanya anda, anda suka tak kalau anda buat sesuatu anda dapat reward atau ganjaran? Walaupun kecil, tapi percaya lah di sudut hati anda pasti akan rasa gembira bila dapat ganjaran kan?

Jadi kenapa anda tak nak berikan ganjaran kepada diri anda sendiri atas setiap progress yang kita buat. Dengan bagi ganjaran sebenanrya kita boleh tingkatkan motivasi diri kita untuk hasilkan progress yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

hargailah diri anda dengan berikan ganjaran walaupun progress yang kecil agar ianya dapat anda jadikan pendorong dan pembakar semangat anda untuk jadi lebih baik.

People loves incentives. And people motivations can be raise by introducing incentives.

Faisal Badry

Nak bagi ganjaran apa? Tak perlu susah-susah pun,cukup dengan benda-benda simple yang anda minat macam coconut shake (ni contoh je tau) ke atau apa-apa sahaja yang sesuai.

Anda boleh baca dalam point saya yang seterusnya tentang bagaimana nak pilih ganjaran yang betul untuk tingkatkan motivasi diri anda.

Point saya di sini adalah hargai usaha yang anda dah buat untuk capai progress dalam diri anda tu.

Pilih Ganjaran Yang Betul

Pilih-Reward-Yang-Betul

Kita juga perlulah pandai memilih ganjaran atau reward yang sesuai. Janganlah disebabkan ganjaran atau reward yang kita beri kepada diri kita tadi boleh menyebabkan kita leka pula.

Itu dinamakan ganjaran atau reward yang memakan diri sendiri ataupun dengan kata lain anda sabotaj diri anda sendiri.

Janganlah didik diri anda dengan berbelanja mewah ataupun membeli sesuatu yang mahal sebagai ganjaran anda semata-mata. Tak salah kalau anda mampu.

Tapi ada ganjaran-ganjaran atau reward yang anda boleh berikan kepada diri anda tanpa anda keluarkan sebarang kos walaupun sesen.

Jangan ingat dengan membeli barang-barang atau berbelanja secara mewah dapat menigkatkan motivasi diri anda. Mungkin ianya akan memberi kesan yang sebaliknya.

Mungkin ada tak perlu pun cari benda-benda mewah atau berbelanja sakan sebagai ganjaran atau reward kepada diri anda, tapi cukup dengan benda-benda basic yang dapat memuaskan hati anda.

Contoh macam keluar berjalan-jalan atau bersiar-siar bersama keluarga, minum milk shake, atau benda-benda lain yang anda rasakan boleh bagi kesan positif untuk anda.

Anda perlu dapatkan rasa “aku layak dapat reward atau ganjaran ni“. Jika anda dapat rasa seperti itu, saya yakin anda pasti akan dapat tingkatkan motivasi diri anda untuk lakukan lebih baik lagi untuk capai target yang seterusnya.

Raikan Kemenangan Kecil

Raikan-Small-Win

Ini juga sebenarnya walaupun nampak mudah tapi dapat menjadi penolak atau dorongan anda untuk buat yang lebih baik lagi.

Kenapa anda kena raikan kemenangan kecil atau small win yang anda dah lakukan?

Sebabnya benda ini dah terbukti dapat meningkatkan motivasi diri kita untuk kita push diri kita ke arah big win (kemenagan besar) kita.

Lagi satu adalah, supaya kita dapat melatih diri kita untuk suka dan hargai setiap kemenagan yang kita dapat itu.

Kalau dah benda kecil pun kita tak suka dan hargai, macam mana kita nak dapat kemenangan-kemenangan yang lebih besar?

Ok mungkin ada yang bertanya apa dia kemenangan kecil (small win) dan kemenangan besar (big win) ni?

Baiklah, saya akan cuba terangkan dengan beri gambaran situasi yang mudah untuk anda fahami.

Contoh, anda beli sebuah buku di kedai buku. Buku tersebut ada 1200 muka surat.

Anda berazam untuk habiskan semua buku tersebut (1200 muka surat). Ini dinamakan sebagai goal ataupun big win anda.

Itu adalah target anda.

Apa pulak small win (kemenangan kecil) ni?

Small win anda mungkin anda berjaya habiskan membaca 2 muka surat pada hari pertama. Itu adalah small win anda pada hari tersebut.

Mungkin anda boleh minum coconut shake sebagai ganjaran atau reward kepada kejayaan anda berjaya habis baca 2 muka surat buku tersebut.

Dengan berikan ganjaran atau reward kepada diri kita sendiri sebenarnya kita akan ada lebih motivasi untuk capai target yang seterusnya.

Sama juga dalam kerja-kerja kita, kalau kita capai small win, tak salah kita beri sedikit ganjaran atau reward pada diri kita sendiri supaya kita lebih bermotivasi untuk lakukan yang lebih baik.

Dan bila dapat reward dari diri kita cuba kita hargai reward tersebut dengan mengatakan “Ini memang aku layak dapat“. Barulah anda akan rasa diri anda dihargai.

Fokus Kepada Big Goal Anda

Fokus-Kepada-Big-Goal

Jangan berhenti pada kemenangan kecil atau small win anda sahaja. Anda juga kena fokuskan kepada big goal anda.

Apa yang sebenar-benarnya anda nak capai. Small win yang anda dapat tadi mestilah boleh membawa anda kepada big goal (big win) anda.

Janganlah anda terlalu leka dan tenggelam dengan small win yang anda dapat sehinggakan anda terlupa apa big goal yang telah anda tetapkan.

Berhati-hati juga apabila anda raikan small win anda jangan sampai small win anda membuatkan anda leka dan terus jauh daripada mencapai big goal (big win) anda.

Apabila anda fokus kepada big goal anda, sebenarnya anda sedang memandu atau menetapkan perjalanan anda ke arah big goal tersebut.

Maka anda akan jadikan small win yang anda dapat sepanjang perjalanan anda tersebut sebagai motivasi dan batu loncatan untuk anda berada lebih dekat dengan big goal anda.

Ramai orang tidak ada motivasi bila mereka tak set apa big goal yang mereka nak capai sebenarnya.

Tanpa big goal yang anda nak capai, anda sebenarnya tak ada hala tuju yang jelas tentang apa yang anda benar-benar nak capai.

Contoh sekiranya anda seorang peniaga atau usahawan. Big goal anda sudah pasti lah untuk dapatkan jualan yang banyak kan?

Tapi dapat jualan yang banyak sebenarnya adalah big goal yang tak jelas. Bila big goal anda tak jelas, berapa jumlah jualan yang anda nak capai, motivasi yang anda ada untuk capai big goal tersebut sangat rendah.

Mungkin bila sampai jumlah jualan RM 1000 anda dah berpuas hati. Sebab anda tak jelas apa yang anda nak capai di hadapan anda.

Cuba anda letakkan big goal yang jelas seperti “Aku nak capai RM 1 juta dalam masa 6 bulan ini“.

Saya yakin anda akan ada lebih motivasi bila anda dah tetapkan big goal yang jelas macam tu. Tapi nasihat saya adalah biarlah big goal yang anda set tu logik akal dan boleh dicapai.

Janganlah letakkan big goal yang tak logik dan tak boleh dicapai macam “Aku nak dapat RM 1 juta esok” sedangkan anda baru je nak mula buat bisnes hari ni.

Sudahnya bila esoknya tak dapat RM 1 juta, mula lah meroyan kata bisnes ni tak bagus lah apa lah.

Tapi sebenarnya diri sendiri tu yang mangkuk sangat sampai buat benda-benda tak logik dan tak boleh dicapai.

Macam mana nak ada motivasi untuk capat matlamat atau big goal yang kita dah tetapkan tadi?

Ingat tetapkan big goal yang realistik dan boleh dicapai supaya anda ada motivasi yang kuat untuk mencapainya.

Banyakkan Berdoa

Tingkatkan-Motivasi-Diri-Dengan-Berdoa

Dalam hidup ini kita memang tidak boleh nafikan yag hidup kita adalah banyak bergantung kepada tuhan kita Allah. Bagi agama lain pun sama, anda bergantung kepada tuhan masing-masing.

Bagi umat Islam kita kena sangat-sangat bergantung kepada tuhan kita yang satu iaitu Allah. Kebergantungan kita kepada Allah mestilah sangat kuat.

Kerana hidup kita di atas dunia ini adalah di atas rahmat-Nya dan kasih sayang Allah.

Bagaimana nak wujudkan rasa kebergantungan kepada Allah ini?

Caranya sangat mudah! Islam dah ajarkan kita caranya dan bagitahu yang doa adalah senjata ampuh untuk setiap mukmin.

Sentiasa lah memohon petunjuk, hidayah, motivasi dan segala-galanya daripada Allah kerana Allah adalah pemilik mutlak ke atas segala makhluk ciptaannya termasuklah motivasi yang kita cari-cari selama ini.

Sungguh saya katakan yang motivasi juga adalah hak Allah untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita tiada hak atau kuasa untuk memaksa Allah untuk memberikan motivasi kepada kita.

Tapi apa yag kita boleh buat sebenarnya adalah banyak meminta daripada-Nya dengan banyak-banyak menadah tangan untuk memohon melalui doa kita.

Bila kita ikhlas meninta dan bersangka baik dengan Allah, nescaya kita tak akan hilang motivasi kita walau apa pun ujian dan rintangan yang kita hadapi.

Percaya lah yang tiada kekuatan yang lebih kuat, tiada kekayaan yang lebih kaya, tiada kuasa yang lebih berkuasa, tiada pemberi yang lebih memberi daripada Allah.

Kita kena sedar yang diri kita ni sangat-sangat daif dan lemah. Itulah sebabnya sebaik-baik pertolongan dan pelindung adalah Allah. Tuhan yang maha berkuasa dan pemilik alam semesta ini.

Maka perbanyakkan lah zikir untuk mengingati-Nya dalam berbaring, berjalan dan setiap nafas yang kita sedut di muka bumi ini.

Perbanyakkan lah doa agar kita dapat merasakan Allah itu lebih dekat dengan kita. Bila kita tahu Allah berada dekat dengan kita in shaa Allah kita akan sentiasa ada motivasi untuk lakukan yang terbaik setiap hari.

Banyak Bersendiri Untuk Mengadu Kepada Allah

Bersendiri-Dengan-Allah

Pernah tak kita ada masalah, ujian dan rintangan, lepas tu kita tak tahu kepada siapa yang kita nak mengadu untuk dapatkan kekuatan?

Kalau orang putih atau yang bukan Islam mereka akan pergi kepada pakar kaunseling. Yang Islam pun sama, boleh jumpa pakar kaunseling.

Tapi tak semua orang yang ada kemampuan untuk jumpa pakar kaunseling untuk dapatkan bantuan.

Untuk jumpa pakar kaunseling memerlukan kos yang tinggi, dan biasanya ianya akan dikenakan caj melalui sesi-sesi yang kita hadiri.

Bila jumpa kaunselor ini, biasanya atau jarang yang jumpa sekali sahaja. Akan ada lebih dari satu sesi. Bila banyak sesi, maka banyaklah kos yang perlu anda keluarkan.

Bagaimana pula dengan orang yang tak mampu nak jumpapakar kaunseling ni?

Bagi umat Islam sebenarnya anda ada kaunselor yang sangat-sangat pakar dalam emosi dan perasaan manusia iaitu Allah.

Percaya lah yang Allah ini maha mengetahui dan Allah sangat rindukan kita untuk kita datang mengadu kepada-Nya.

Ini juga adalah apa yang saya lakukan sekiranya saya rasa tak bersemangat atau tak ada motivasi nak lakukan sesuatu.

Apa yang saya lakukan adalah saya akan bangun malam untuk mendirikan solat sunat tahajjud dan solat-solat sunat yang berkaitan dan mampu saya lakukan pada malam tersebut.

Kemudian, saya akan tadah tangan dan mengadu segala masalah, ujian dan rintagan yang saya hadapi kepada Allah. Saya bersendiri dan berseorangan mengadu masalah saya kepada Allah.

Apa yang saya rasakan pada kesokan harinya adalah saya akan lebih bersemangat dan sangat-sangat tinggi motivasi untuk lakukan kerja-kerja saya pada hari tersebut.

Konsep ini saya dapat ilham daripada pemerhatian saya. Orang pergi kepada pakar akunseling untuk apa?

Untuk luahkan apa yang terbuku di hati mereka kan? Kemudian kaunselor akan berikan beberapa cadangan untuk mereka hadapi masalah mereka tersebut.

Point yang saya nak sampaikan di sini adalah, kita tak boleh simpan perasaan negatif kita dalam diri kita. Kita kena luahkannya kepada seseorang untuk meringankan bebanan perasaan yang kita sedang hadapi.

Apa kita rasa kalau kita berjaya luahkan dan ceritakan segala masalah kita kepada orang yang kita percaya? Kita akan rasa lega kan? Kita akan rasa lebih ringan kan?

Jadi kenapa kita tidak luahkan semua tu kepada Allah yang mana Allah ini adalah sebaik-baik pendengar dan sebaik-baik penyelesai masalah kita?

Kenapa kita begitu sombong dengan pencipta kita sehinggakan kita rasakan ada yang lebih baik daripada-Nya?

Jadi mulakan dengan bangun malam, buat solat sunat tahajjud (paling kurang) san mula luahkan segala yang terbuku di hati kepada Allah. Biarlah kita menangis berseorangan bersama Allah kerana Allah mendengar segala rintihan yang kita luahkan kepada-Nya.

Kalau tak percaya start buat dulu dan anda akan lihat kesan positif dalam diri anda. Saya dah buat dan ianya sangat berkesan kepada diri saya.

Kalau benda ni berkesan untuk saya, mengapa tidak untuk anda?

Dan untuk mengadu kepada Allah ni tak perlukan sebarang kos pun. Kita hanya perlu tadah tangan dan mengadu serta meminta sengan seikhlas hati.

Kesimpulan

Ada banyak cara yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan motivasi dalam diri anda. Ada yang berbayar dan ada bayak juga yang PERCUMA.

Terpulang kepada kita nak pilih yang mana. Bagi yang berkemampuan, mungkin cara berbayar adalah yang terbaik untuk anda. Tapi tak semua orang yang mampu berbuat begitu.

Itulah sebabnya saya kongsikan 6 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Anda ini. Dan tips yang saya kongsikan ni adalah benda percuma yang anda boleh lakukan segera.

Yang penting anda buat dahulu untuk anda rasakan hasilnya. Tak guna semua point-point yang saya dah kongsikan di atas ni kalau anda tak buat dan ambil tindakan untuk buat.

Semua yang saya kongsikan ini adalah PERCUMA, tak melibatkan sebarang kos. Tak salah kalau anda mencuba, mana tahu dengan buat ni motivasi dalam diri anda akan meningkat.

Saya sendiri amalkan benda yang saya tulis dalam artikel ini dan saya dah alami kesannya. Kalau saya boleh, kenapa tidak anda?

Baiklah, sampai di sini dahulu perkongsian saya dalam artikel kali ini.

Jika anda suka dan rasakan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda, saya minta tolong untuk anda sebarkan manfaat ini kepada lebih ramai orang lain agar mereka pun dapat manfaat yag sama macam anda.

Jangan lupa tinggalkan komen anda dalam ruangan komen anda di bawah!

Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
0
In Love
1
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

3 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan motivasi keusahawanan 🙂

    1. Alhamdulillah… Semoga bermanfaat untuk anda 😊

  2. Terima kasih inspirasi ilmu.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

0 %
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?
%d