Copywriting

5 Tips Rahsia Bagaimana Nak Jadi Seorang Copywriter Yang Bagus. Rahsia Yang Ditutup Rapat Kini Bakal Dibongkarkan

Menjadi seorang copywriter yang bagus merupakan idaman setiap orang yang sering menulis copywriting. Sebab apa? Seni menulis copywriting ini adalah seni menulis ayat yang boleh mempengaruhi orang untuk melakukan tindakan.

Tapi hakikatnya tak semua orang yang mampu untuk untuk menulis dengan bagus, dengan lenggok dan gaya bahasa yang mampu untuk mempengaruhi orang lain.

Walaubagaimanapun kemahiran menulis ini adalah kemahiran yang kita boleh bina dan develop kalau kita pandai nak adapt setiap ilmu menulis yang kita belajar.

Dan penulis yang menulis copywriting ini dipanggil sebagai copywriter. Dengan kata lain sekiranya anda boleh menulis copywriting anda adalah seorang copywriter.

Tapi sebelum saya pergi lebih jauh, jangan lupa untuk support dan like Facebook Page Bicara Usahawan dan YouTube Channel Bicara Usahawan. Jangan lupa subscribe dan tekan loceng notification pada YouTube Channel Bicara Usahawan.

Sokongan yang anda berikan kepada saya akan menjadi pembakar semangat untuk saya berkongsi lebih lagi dengan anda. Semoga segala perkongsian saya selepas ini akan jadi lebih berkualiti dan lebih memberi manfaat kepada anda.

Anda nak tahu bagaimana nak buat jualan di internet? Boleh baca arikel 6 Tips Mudah Mudah Untuk Dapatkan Jualan Di Internet. Semoga anda dapat manfaat daripada artikel tersebut.

Ok, jom kita pergi ke topik utama kita dalam artikel perkongsian saya kali ini.

Dah sedia? Jom kita mulakan!

5 Tips Rahsia Bagaimana Nak Jadi Copywriter Yang Bagus

Menjadi seorang copywriter yang dapat menulis copywriting yang menarik serta dapat mempengaruhi orang melakukan tindakan adalah impian semua copywriter yang baru.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang copywriter yang mahir ni. Ianya memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Anda bukan setakat hanya tahu bagaimana nak menyusun ayat, tapi anda perlu ada seni bagaimana nak menulis ayat yang dapat mencairkan orang yang membacanya.

Ada orang senang untuk menulis, mungkin dari bakat semula jadi yang mereka miliki. Atau mungkin daripada pengalaman mereka menulis selama bertahun-tahun lamanya.

Di mana mereka dah menulis lebih daripada 10 000 ayat copywriting dari pelbagai niche.

Point saya di sini adalah kemahiran menulis ayat yang berpengaruh ataupun ayat yang mampu mencairkan pembacanya bukanlah datang daripada bakat semula jadi semata-mata.

Ianya adalah kemahiran yang anda boleh develop sekiranya anda sabar dan tak putus asa.

Anda kena trust the process. Kena lalui proses yang tak semua orang sanggup lalui. Kena sanggup belajar benda yang baru. Kena berani untuk mencuba sesuatu yang baru kalau anda nak mahir dalam penulisan copywriting ini.

Faisal Badry

Betul, untuk lalui perubahan dan lakukan benda yang baru anda akan rasa susah. Tapi percaya lah yang susah anda rasa sekarang adalah kesusahan yang sementara sahaja sebelum anda dapat rasa nikmat hasil usaha anda selama ini.

Hasil yang anda dapat setelah anda rasa kesusahan dan ujian yang getir akan membuatkan hasil tersebut lebih bermakna dan anda akan dapat rasakan kemanisan hasil usaha anda tersebut.

Begitu juga jika anda ingin menjadi copywriter yang bagus. Ianya tak boleh anda lakukan dalam satu malam sahaja. Anda akan lalui banyak proses rejection daripada audiens yang membaca ayat copywriting anda.

Apa yang anda kena buat adalah, anda kena kuat kan hati, belajar, adapt, ubah cara penulisan dan elak daripada melakukan benda yang sama untuk dapatkan hasil yang berbeza.

Doing the same thing over and over but expecting different result is crazy! Doing the same thing over and over will give the same result. If you want to change the result, you must change what you do, then you will get different result.

Unknown

Eh alamak terpanjang pulak mukaddimah artikel saya kali ini.

Asal nak kupaskan topik pasal 5 tips rahsia bagaimana nak jadi seorang copywriter yang bagus. Tiba-tiba pulak terpanjang sangat mukaddimah saya kali ini.

Baiklah, saya tahu anda pun dah tak sabar nak tahu apa 5 rahsia yang saya akan kupaskan dalam artikel kali ini kan?

Jom baca dengan lebih lanjut! Saya harap perkongsian artikel saya kali ini bermanfaat untuk anda.

Jom kita teruskan!

Tahu Basic Penulisan Copywriting

Copywriter-Tahu-Basic-Copywriting

Untuk menjadi seorang copywriter yang bagus, nak tak nak, mahu atau tak, anda kena tahu at least basic penulisan copywriting.

Saya tak katakan formula-formula atau mazhab-mazhab copywriting yang bersepah di luar sana. Kalau nak belajar semua memang anda akan rasa tak akan habis sampai bila-bila.

Anda akan terus belajar dan belajar dan kesudahannya tiada sebarang tindakan atau anda tak sempat nak amalkan semua ilmu-ilmu yang anda dah pelajari tadi.

Trust me, I’ve been there before. Saya tahu bagaimana rasanya keghairahan nakkan atau dahagakan ilmu-ilmu yang baru ni. Kita akan rasa yang apa yang kita ada ni tak cukup. Kita akan rasa kita ni masih banyak kekurangan.

Kalau anda rasa begini memang normal. Sebab satu ilmu yang kita belajar pada hari ini akan membuka beratus, beribu, berjuta malah berbillion-billion lagi pintu ilmu yang baru.

Anda akan sentiasa rasa tak cukup. Itulah sebabnya dalam menuntut ilmu kita sebenarnya tak pernah berhenti.

Tapi apa yang membuatkan suatu ilmu itu berharga adalah tindakan dan amalan terhadap ilmu yang anda dah pelajari tadi.

Ilmu tanpa amal adalah bagaikan pohon tanpa buah. Jika pohon tersebut tiada buah maka kuranglah manfaat yang ia boleh beri kepada orang lain

Pepatah arab

Untuk permulaan cukup anda tahu ilmu yang paling basic dalam ilmu copywriting iaitu A.I.D.A. itu pun dah cukup sebagai permulaan untuk anda mula menulis ayat copywriting anda.

Anda boleh jadikan ilmu asas ini sebagai panduan untuk anda mencipta lebih banyak gaya bahasa dan ayat yang anda boleh gunakan dalam penulisan copywriting anda. Seorang copywriter yang bagus adalah copywriter yang dapat kuasai asas dalam penulisan copywriting.

Kalau anda berpegang dan amalkan asas ini, saya yakin anda akan dapat perbagaikan lagi corak dan gaya penulisan copywriting anda.

Copywriter yang bagus adalah copywriter yang berpengalaman dalam menulis pelbagai jenis ayat copywriting dalam pelbagai jenis niche. Bukan sekadar copywriter yang ada banyak formula dan ilmu copywriting tapi tak pernah menulis langsung.

Itulah sebabnya saya katakan untuk menjadi seorang copywriter yang baik bukannya dengan belajar ilmu-ilmu advance sampai anda sendiri tak faham apa yang anda belajar.

Tapi copywriter yang bagus adalah mereka yang belajar ilmu copywriting dan terus buat dan amalkan. Pengalaman dalam menulis itu lebih mahal daripada tahu ilmu tapi tak ada pengalaman dalam menulis ayat copywriting.

Ingat, mulakan dengan ilmu basic kemudian amalkan dan terus buat. Bila dah mahir ilmu basic, barulah anda cari ilmu baru untuk upgrade ilmu yang anda ada sekarang.

Ingat, pangalaman itu lebih penting daripada anda belajar banyak tapi tak ada pengalaman langsung!

Tulis Sesuatu Yang Orang Suka

Copywriter-Tulis-Apa-Orang-Suka

Kemahiran menulis sahaja sebenarnya tak cukup untuk membuatkan anda menjadi seoarang copywriter yang bagus.

Anda kena tahu bagaimana nak menghasilkan satu penuliasan yang orang suka baca.

Bukan penulisan yang anda suka baca. Kalau anda menulis sesuatu yang anda suka baca sahaja, itu namanya syok sendiri. Anda tenggelam dengan penulisan-penulisan yang anda suka sahaja.

Bukannya yang orang suka!

Sekali lagi saya katakan untuk menjadi seorang copywriter yang bagus, anda kena pandai, faham dan tulis apa yang orang suka baca. Dengan itu barulah penulisan anda tadi orang kongsi dan suka untuk sebarkan kepada kenalan-kenalan mereka.

Anda kena faham yang orang akan kongsikan benda yang mereka suka. orang tak akan kongsikan benda yang mereka tak suka. Macam kita sendiri pun, kita tak akan berkongsi sesuatu yang kita tak suka dengan kenalan kita kan?

Dah kalau kita pun tak suka buat macam tu, kenapa pula kita expect untuk orang buat benda yang berlainan daripada tindakan kita tadi?

Nampak tak logiknya di situ. Kita tak suka buat, tapi kita expect untuk orang suka apa yang kita tak suka buat. Nampak tak percanggahannya di situ?

Kalau kita nak jadi seoarang copywriter yang bagus, inilah yang anda kena faham. Kita menulis untuk mereka (audiens) bukannya untuk diri kita sendiri.

Ada Copywriting Library / Swipe File

Copywriter-Swipe-File

Copywriting library / swipe file sebenarnya dapat membantu anda untuk menulis dengan lebih baik.

Kenapa?

Sebab anda jadikan copywriting yang terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan untuk anda menulis copywriting anda sendiri.

Kejap-kejap! Apa dia copywriting library / swipe file ni?

Ok bagi yang pertama kali dengar atau baca tentang copywriting library atau swipe file ni, benda ini adalah himpunan copywriting-copywriting yang anda rasakan power dan sangat berkesan serta mendapat banyak engagement audiens.

Ianya tak semestinya copywriting win yang anda buat sendiri, tapi boleh juga copywriting win yang orang lain buat.

Anda himpunkan kesemua copywriting tesebut dalam satu fail yang anda boleh buka dan capai pada bila-bila masa sahaja.

Anda boleh jadikan ayat-ayat copywriting yang anda dah kumpul tadi sebagai panduan kepada penulisan copywriting yang anda nak buat.

Bukannya meniru, tapi lebih kepada tiruvasi (amil dan improvise) untuk mendapatkan ayat copywriting yang lebih baik.

Secret to success faster is to follow what other successful people do

Unknown

Apakah cara yang lebih baik untuk berjaya menghasilkan satu penulisan copywriting yang bagus? Jawapannya adalah dengan mengikut apa yang copywriter terbaik buat.

Tengok ayat yang mereka buat, tengok bagaimana lenggok dan gaya bahasa yang mereka gunakan dan adapt untuk disesuaikan dalam gaya penulisan anda.

Kebanyakan copywriter yang bagus sebenarnya ada copywriting library atau swipe file mereka sendiri. Mereka akan gunakannya untuk menghasilkan copywriting yang mantap dan berbisa dalam masa yang singkat.

Mereka akan menggunakan copywriting library atau swipe file tersebut sebagai rujukan, sumber inspirasi dan gaya bahasa untuk copywriting yang akan mereka tulis nanti.

Kalau copywriter yang dah berpengalaman pun ada copywriting library atau swipe file mereka sendiri, kenapa tidak anda?

Kalau anda masih belum ada copywriting library atau swipe file anda sendiri, anda boleh mulakan dari sekarang. Mulakan dengan mengumpulkan beberapa copywriting yang anda rasa dapat buatkan anda bertindak.

Sedikit demi sedikit copywriting library atau swipe file anda akan menjadi semakin besar dan anda akan ada pelbagai jenis copywriting untuk perlbagai jenis niche.

Kerap Menulis Dan Terus Menulis

Copywriter-Kerap-Menulis

Satu lagi rahsia bagaimana nak jadi seorang copywriter yang bagus adalah dengan sentiasa menulis. Anda perlu menulis dengan kerap dan sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki penulisan copywriting anda.

Anda tak boleh tiba-tiba jadi copywriter yang hebat dalam penulisan jika anda baru sehari menulis ayat copywriting. Ianya memerlukan pengalaman anda dalam sentiasa menulis dan menulis serta memperbaiki penulisan anda.

Practice makes perfect.

Tak tahu siapa yang cakap

Untuk jadi mahir dalam bidang yang kita lakukan memang kita tak boleh lari daripada benda ini. Kita kena sentiasa practice dan terus practice sehingga kita mahir dalam bidang yang anda ceburi.

Sama juga halnya dalam menjadi seorang copywriter yang berjaya. Anda perlu selalu menulis dan menulis sehingga anda mahir dalam kemahiran menulis.

Macam yang saya dah sebutkan di atas tadi, kalau anda tak ada bakat semula jadi untuk menulis ayat-ayat copywriting yang power dan mampu mencairkan hati pelanggan, anda kena develop kemahiran tersebut dengan selalu practice menulis ayat copywriting.

Bila anda selalu menulis, sedikit demi sedikit kemahiran anda akan berkembang dan anda akan nampak jalan atau idea yang baru yang mampu mengukuhkan serta menguatkan lagi kemahiran menulis anda.

Percayalah apabila saya katakan yang sebagai orang biasa kita perlu kerap melatih diri kita dengan menulis dan sentiasa cari ruang untuk menambah baik kemahiran menulis yang sedia ada.

Ingat kemahiran menulis ini adalah kemahiran yang anda boleh develop. Tapi untuk develop kemahiran tersebut anda tak boleh duduk diam sahaja. Anda perlu sentiasa berlatih dan mengasah kemahiran tersebut dengan banyak menulis.

Itu sahaja caranya untuk anda jadi mahir menulis tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Apabila anda selalu menulis anda akan dapati kemahiran menulis anda akan menjadi semakin lancar daripada anda mula-mula menulis.

Sentiasa Test Copywriting Anda

Copywriter-Test-Copywriting

Bagaimana nak tahu copywriting yang anda tulis itu sangat berkesan?

Caranya sangat mudah! Test copywriting yang anda dah tulis tadi.

Kalau senang kenapa ramai lagi copywriter yang tak tahu ayat copywriting mereka berkesan atau tidak? Kenapa masih ramai copywriter yang masih tak yakin dengan ayat copywriting yang mereka sendiri tulis?

Jawapannya adalah mereka tak test ayat copywriting yang mereka tulis tu kepada target audiens mereka. Maka mereka tak dapat tahu sama ada copywriting yang mereka hasilkan tadi berkesan atau tidak.

Apa yang menyebabkan mereka tak test ayat copywriting yang mereka sendiri tulis?

Benda yang menghalang ramai copywriter tak test ayat copywriting mereka adalah rasa takut akan kritikan, engagement atau feedback yang mereka akan terima selepas audiens baca ayat copywriting mereka.

Anda tak akan dapat tahu result daripada copywriting anda buat tanpa anda test copywriting anda kepada target audiens.

Faisal Badry

Ya saya akui memang rasa takut untuk test ayat copywriting kita kepada target audiens anda. Sebab apa saya tahu, sebab saya juga pernah rasa takut untuk test copywriting saya kepada target audiens saya.

Tapi disebabkan rasa takut itulah saya lambat dan tak dapat nak tahu keberkesanan ayat copywriting yang saya telah buat. Ini adalah dilema yang ramai copywriter baru rasa.

Kita kena kuatkan diri untuk berani test ayat copywriting kita kepada target audiens kita supaya kita tahu apa kelemahan dan kekurangan dalam penulisan copywriting kita.

Sebenarnya kita kena tukar mindset kita daripada takut kepada berani test ayat copywriting kita untuk kita tahu apa kekurangan dan kelemahan ayat copywriting yang kita dah tulis.

Gunakan komen, kritikan dan respon dari target audiens kita untuk tambah baik ayat copywriting yang kita buat agar ianya lebih berkesan daripada copywriting yang kita buat sebelum ini.

Ini lah kuasa feedback yang dapat membuatkan anda tahu apa kelemahan dan kekurangan anda yang perlu anda tambah baik.

Untuk jadi seorang copywriter yang bagus dan mampu menulis ayat-ayat copywriting yang mampu mencairkan hati prospek untuk bertindak mengikut tindakan yang anda nak mereka lakukan.

Ini adalah salah satu rahsia bagaimana seorang copywriter boleh menjadi copywriter yang bagus.

Anda mungkin pandai menulis, tapi tanpa test atau uji ayat copywriting yang anda dah tulis tadi, anda sebenarnya tenggelam dengan sindrom “syok sendiri“. Anda tak akan tahu di mana tahap dan kemampuan sebenar anda.

Kesimpulan

Untuk jadi seorang copywriter yang bagus bukannya mudah dan anda tak boleh jadi seorang copywriter yang hebat dalam satu malam sahaja. Melainkan anda ada bakat semula jadi dalam penulisan dan mampu menulis ayat yang memukau audiens anda.

Rome wasn’t build in a day, but they are laying bricks every hour

Ayat dari internet

Anda perlu sentiasa mengasah dan menambah baik lagi kemahiran menulis anda kerana kemahiran menulis ini adalah senjata utama seorang copywriter. Tanpa menguasai kemahiran copywriting ini, seorang copywriter sebenarnya menjadi seolah-olah seperti harimau yang kehilangan kuku.

Cuba bayangkan seekor harimau yang tiada kukunya yang tajam sebagai senjatanya. Apa akan jadi kepada harimau tersebut?

Boleh jadi harimau tersebut akan mati kebuluran kerana tidak mampu pergi memburu makanannya.

Adakah anda nak jadi seorang copywriter yang lemah seperti harimau yang kehilangan kukunya?

Luangkan masa untuk refleksi diri kita dan tanya diri kita apa yang kita nak jadi. Adakah nak menjadi seorang yang lemah? Atau anda nak jadi seorang fighter yang sentiasa memperbaiki kemahirannya setiap hari untuk menjadi seorang fighter yang terbaik antara fighter-fighter yang lain?

Sama juga jika anda sebagai seoarang copywriter. Adakah anda nak jadi seorang copywriter yang biasa-biasa sahaja? Atau anda nak jadi seorang copywriter yang terbaik di antara copywriter-copywriter yang lain?

Tepuk dada dan tanya diri anda sendiri. Hanya anda sahaja yang mampu nak ubah diri anda sendiri. Tak ada orang lain yang mampu nak ubah diri anda selain diri anda sendiri yang ada keinginan nak berubah.

Semuanya bermula dalam diri anda. Hanya anda sahaja yang mampu nak jadikan diri anda hebat dan serlahkan potensi yang yang ada dalam diri anda. Anda juga yang kenal siapa diri anda.

Baiklah sekian dahulu perkongsian saya dalam artikel saya kali ini. Saya harap anda dapat dan belajar sesuatu yang bermanfaat daripada perkongsian saya pada kali ini.

Jika anda rasa perkongsian artikel saya kali ini bermanfaat, saya nak minta tolong anda sebarkan manfaat ini kepada lebih ramai lagi orang di luar sana.

Semoga dengan berkongsi manfaat kepada orang lain anda dapat bantu mereka keluar dari masalah mereka.

Jumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang!

Jangan lupa tinggalkan pandangan, cadangan atau idea di ruangan komen agar anda juga dapat beri manfaat kepada sesiapa yang membaca komen anda.

Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
0
In Love
0
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

2 Comments

  1. Alamak. kantoi la semua taktik kerja buat copywriting orang dah tahu. Hehe. Btw, good sharing tuan! 🙂

    1. In shaa Allah Tuan rezeki tak salah alamat. Saya jadikan perkongsian ni sebagai saham akhirat.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

0 %
Jumlah
0
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?