Musim PKP ni dah ramai orang yang berada di online. Tapi tak ramai yang sedar atau tahu apa itu online presence.
Ok sebelum saya nak pergi lebih jauh lagi. Anda berminat tak dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan bisnes?
Kalau berminat, boleh baca artikel-artikel saya berkaitan dengan bisnes boleh klik link ini di SINI.
Jangan lupa untuk support Facebook Page Bicara Usahawan dan YouTube Channel Bicara Usahawan sekali!
Sokongan anda sangatlah saya hargai dan akan menjadi sebagai pembakar semangat saya untuk berkongsi dengan anda lebih lagi konten-konten yang berkualiti dan bermanfaat kepada anda.
Ok dengan tak membuang masa lagi jom kita tengok apa 5 rahsia yang boleh meningkatkan online presence anda!
Disclaimer: Apa yang saya share dalam artikel kali ini adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya sahaja. Tiada kena mengena dengan orang lain ok!
Kandungan Artikel
5 Rahsia Tersembunyi Untuk Tingkatkan Online Presence Anda
Musim PKP sekarang ni semakin ramai orang berada di online terutamanya orang-orang yang buat bisnes secara online. Kalau lihat trend sekarang, boleh dikatakan orang yang buat bisnes online ni seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Tapi kebanyakannya masih ramai lagi yang tak tahu apa itu online presence dan apa itu online presence yang sebenar-benarnya.
Tanpa tahu atau faham tentang benda ni, anda sebenarnya dah ketingggalan jauh di belakang pesaing-pesaing anda.
Jadi apa rahsianya?
Jom baca selanjutnya. Moga-moga anda dapat sesuatu dan manfaat daripada perkongsian saya dalam artikel kali ini.
Aktif Bersosial Di Media Sosial


Percaya atau tidak, mahu atau tidak, suka atau tidak, terima atau tidak, inilah hakikat yang anda kena terima.
Saya faham, bukannya semua orang yang suka nak bersosial di media sosial ni.
Malah ada yang anggap aktiviti ini sebagai satu aktiviti yang membuang masa mereka sahaja.
Tapi, itu kalau anda buat aktiviti tersebut tanpa ada apa-apa objektif atau target yang anda nak capai. Kalau anda buat saja-saja memang benda tu akan menjadi sia-sia.
Cuba anda ubah selepas ini, letakkan target dan objektif apa yang anda nak capai melalui aktiviti anda di media sosial. Dengan cara ini anda akan rasakan yang aktiviti yang anda buat ini lebih bermanfaat dan anda suka buat.
Sebab apa? Sebab bila lagi banyak anda buat, lagi masyuuuuuuk pendapatan yang anda akan dapat!
Haaaaa! Sekarang anda rasa benda ni ada manfaat tak untuk anda?
Lagi satu dengan aktif bersosial di media sosial sebenarnya anda telah tingkatkan online presence anda di kalangan rakan-rakan anda di media sosial.
Lagi aktif atau kerap anda bersosial lagi orang nampak kehadiran anda dalam hidup mereka. Bila dah ramai orang nampak, lagi senang untuk kita dekati mereka sebab mereka dah kenal siapa kita.
Dapat ke dapat point yang saya nak terangkan ni? Kalau tak dapat boleh komen ye.
Banyakkan Buat Live


Sekarang ni adalah trend orang berlumba-lumba buat live. Kalau anda lihat di media-media sosial gergasi seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok anda akan lihat semakin ramai orang yang buat live.
Tak kira lah sama ada dengan tujuan bersantai, berkongsi ataupun berniaga. The point is sekarang ni adalah zaman orang suka buat live!
Kenapa live ni sangat-sangat membantu anda dalam meningkatkan online presence anda?
Sebabnya bila anda buat live, segala algorithm dan restriction yang ada dalam media sosial tersebut akan tak apply dalam live anda.
Maksudnya, anda boleh sampaikan content secara live tanpa sebarang halangan daripada media sosial tersebut.
Ini saya belajar daripada Rahsia Ceramah Memukau. Bagus seminar ni kalau anda nak belajar mengenai bagaimana nak buat live dan bercakap semasa live dengan betul.
Mungkin ada antara anda yang fikir, “Aku malu lah nak buat live-live ni… Apa orang kata kang…“
“Telefon aku bukannya canggih pun. Nanti buruk lah rupa aku masa live“
“Aku ni tak cantik lah macam si A tu, Dia cantik, boleh lah…“
Sebenarnya pemikiran seperti inilah yang membunuh peluang anda untuk berjaya!
Habis tu anda nak tunggu macam mana baru nak buat live? Tunggu dapat iPhone 13 pro max dulu ke? Atau buat pembedahan plastik bagi cantik dulu ke baru nak live?
Sebenarnya, orang tak kisah pun semua benda-benda tu. Banyak lagi benda lain yang mereka kena fikirkan. Bukannya nak fikirkan pasal anda semata-mata.
Jadi buang semua sikap tu dan mula tekan butang live! Mula-mula memang lah akan rasa kekok sikit, rasa tak confidence dan sebagainya.
Tapi kalau dah lama buat dan praktis live, sedikit demi sedikit anda akan terbiasa dan akan jadi lebih baik semasa anda menyampaikan content live anda!
Jangan bertangguh dan manfaatkan fungsi live yang ada di media sosial anda sekarang untuk tingkatkan lagi online presence anda.
Apa lagi yang boleh meningkatkan online presence anda? Ok bawa bertenang. Saya kata ada 5 rahsia tadi kan? Jangan risau sebab saya akan bongkarkan dengan anda semuanya.
So teruskan membaca.
Aktif Di Platform Video


Sedar atau tidak sekarang ni adalah zaman di mana orang berlumba-lumba untuk hasilkan video. Kalau anda lihat trend peningkatan orang melihat video sekarang sangat tinggi.
Tambah-tambah lagi musim PKP ini. Orang semua duduk di rumah. Tak buat apa-apa.
Jadi semakin ramai yang akan pergi ke platform-platform video seperti YouTube dan juga TikTok. Semakin ramai YouTuber dan TikToker yang muncul musim PKP ni.
Hal ini terjadi sebab orang banyak meluangkan masa untuk melihat video-video di platform tersebut. itulah sebabnya anda lihat semakin banyak bintang-bintang atau influencer yang tiba-tiba naik di platform-platform tersebut.
Kalau mereka boleh buat dan manfaatkan musim PKP ini untuk tingkatkan online presence mereka di platform-platform video tersebut, kenapa tidak anda?
Mungkin ada antara anda yang beralasan, “Mana aku tau nak edit-edit video ni“
“Susahlah nak edit video ni“
“Lama lah nak edit-edit video ni“
“Saya tak ada laptop yang canggih gila super terkini nak edit video“
“Saya tak ada iPhone 15 Pro Max nak edit video dalam telefon saya“
Kalau ini lah yang sering bermain di dalam fikiran anda, sebenarnya anda telah membantutkan potensi diri yang anda ada.
Percaya atau tidak, semua itu adalah alasan yang anda sendiri cipta untuk anda tidak buat perkara tersebut. Adakah kita ini dijadikan lebih teruk daripada orang lain? Atau kita ni memang dilahirkan untuk jadi kurang daripada orang lain?
Tak sebenarnya! Kejamlah tuhan kalau Dia mencipta makhluk-Nya tanpa memberikan peluang yang sama kepada hambanya seperti orang lain.
Memang kita semua akui kita sebagai manusia memang ada terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi persoalannya di sini adalah, adakah semua kelemahan dan kekurangan tersebut membuatkan kita lemah?
Adakah kita lupa yang disebalik kelemahan dan kekurangan tadi, kita juga ada kekuatan dan kelebihan dalam diri kita?
Butakah kita sampai tak nampak kekuatan dan kelebihan yang kita ada sampaikan kita sendiri sabotaj diri sendiri dengan menghadkan potensi diri kita?
Ingat pesan orang-orang tua dahulu “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih“. Adakah anda nak terus menjadi pengkhianat kepada diri anda sendiri dengan terus berdalih dan beralasan?
Tepuk dada tanya hati anda. Setiap perubahan akan bermula dengan anda sendiri. Adakah anda nakkan perubahan ke arah yang lebih baik atau tidak?
Semua itu adalah atas diri anda sendiri. Sama juga dengan online presence ini. Anda tak boleh tiba-tiba gempak online presence dan semua orang nampak anda.
Online presence ni bukannya di bina dalam sehari. Online presence ini dibina dengan kesungguhan, kecekalan, konsistensi, percaya kepada potensi diri dan usaha yang tak pernah putus.
Percayalah dengan aktif di platform video ianya memang dapat membantu meningkatkan online presence anda. Anda akan dapat lihat kesannya dalam online presence anda sekiranya anda konsisten menyediakan konten-konten yang bermanfaat untuk audiens anda.
Banyak Berkongsi Manfaat


Banyak kongsi manfaat boleh tingkatkan online presence ke?
Inilah yang ramai orang tak nampak sebenarnya. Dengan banyak berkongsi manfaat sebenarnya online presence anda akan menjadi lebih kuat dan anda akan dilihat sangat berautoriti dalam bidang anda.
Apa yang dimaksudkan dengan berkongsi manfaat? Bagaimana pula ianya membantu meningkatkan online presence anda?
Berkongsi manfaat ini maksudnya adalah anda berkongsi sesuatu yang bernilai untuk audiens anda. Ianya boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Boleh jadi dalam bentuk posting di media sosial, artikel blog, vlog, video, audio, pod cast dan bermacam-macam lagi. Even gambar pun boleh jadi sesuatu yang bermanfaat sebenarnya.
Kejap-kejap! Gambar? Macam mana gambar boleh jadi suatu nilai yang sangat bermanfaat untuk audiens dan boleh tingkatkan online presence?
Gambar kot? Mesti anda rasa macam “cannot brain” kan? Ok saya terangkan dengan lebih lanjut di sini.
Ada banyak jenis gambar sebenarnya. Ada gambar yang direka untuk tujuan hiburan. Ada gambar yang direka bertujuan untuk mendidik. Ada juga gambar yang direka tanpa ada apa-apa tujuan.
Gambar-gambar berbentuk hiburan dapat menghiburkan hati audiens anda. Siapa yang tak suka hiburan kan? Tapi untuk jadikan kita punya online presence berkualiti, kita kena gunakan gambar-gambar hiburan ini dalam konteks yang betul.
Tak ada sebarang gambar yang menyentuh, sensiviti kaum, berunsur politik, kutukan, lucah dan perkara-perkara negatif yang lain. Dan kalau boleh jangan sentuh isu-isu yang sensitif sebab ianya akan memberikan kesan kepada online presence anda.
Satu lagi jenis gambar adalah gambar-gambar yang digunakan untuk mendidik. Gambar jenis ini banyak digunakan bagi mereka yang nak dilihat sebagai seorang yang sangat mahir dan berautoriti dalam bidang atau niche mereka.
Antara jenis-jenis gambar yang sering orang gunakan untuk tingkatkan online presence mereka adalah jenis info grafik.
Info grafik adalah satu jenis gambar yang digunakan untuk sampaikan maklumat dalam bentuk grafik gambar. Ianya boleh jadi dalam gambar yang banyak dan bersiri ataupun dalam satu gambar info grafik sahaja.
Ikut kepada kesesuaian maklumat yang ingin disampaikan. Info grafik ini adalah salah satu tools yang sangat powerful untuk tingkatkan online presence anda secara berkualiti.
Itu baru gambar dan macam mana ianya boleh tingkatkan online presence anda dengan berkualiti. Macam yang saya dah mention di atas tadi, ada banyak lagi medium lain yang anda boleh gunakan untuk berikan manfaat yang sangat bernilai kepada audiens anda.
Tapi pastikan fokus utama anda ketikan nak sampaikan manfaat tersebut adalah audiens anda. Bukannya fokus kepada manfaat apa yang anda akan dapat.
Kalau macam tu dah jadi macam “syok sendiri” atau pepatah orang-orang dulu kata “masuk bakul angkat sendiri“.
Saya pasti anda pasti tak nak online presence anda jadi seperti itu kan?
Sekali lagi tepuk dada tanya diri. Anda nak orang nampak online presence anda macam mana?
Secara positif atau negatif? Pilihan adalah di tangan anda.
Ingat! Fokus kepada manfaat yang audiens anda dapat daripada perkongsian anda dan bukannya apa yang anda dapat daripada mereka.
Bila anda fokus kepada apa manfaat yang mereka dapat, anda juga akan dapat manfaat yang positif daripada mereka dalamonline presence anda.
What you give is what you get back!
Pesanan popular yang biasa anda dengar.
Banyakkan Touch Point Dalam Online Presence


Ini juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan online presence anda.
Touch point yang saya maksudkan di sini adalah channel-channel online yang anda ada. Maksudnya anda bukan sahaja berada di satu channel online sahaja, sepatutnya anda berada di pelbagai channel online.
Contoh, anda berada di Website, Blog, Facebook, YouTube, Instagram, Twitter, TikTok, Telegram, Pinterest, forum online, group-group sosial dan sebagainya.
Anda kena sedar yang audiens kita sekarang berada di mana-mana sahaja. Jadi untuk tonjolkan diri anda kepada mereka, anda kena berada di tempat di mana mereka berada.
Anda perlu bagi mereka nampak anda di mana sahaja mereka berada. Supaya mereka akan sentiasa nampak anda. Bila mereka dah selalu nampak anda, secara tak langsung mereka akan ingat anda dalam kepala mereka.
Dengan ini anda dah establish satu online presence yang sangat kuat di mana ke mana sahaja audiens kita pergi mereka akan nampak kita.
Saya faham bukannya mudah untuk uruskan semua channel-channel online ini. Kalau buat seorang diri memang meninggal la. Kita akan jadi sangat-sangat letih (saya sendiri dah rasa, saya cuba baru 5 channel buat seorang diri) kalau kita berseorangan untuk uruskannya.
Itulah sebabnya kita perlukan team atau staff yang dapat membantu kita dalam menguruskan semua channel-channel online kita. Tak mungkin untuk anda uruskan semuanya sendirian sebab akan ada banyak konten-konten yang anda kena sediakan untuk setiap channel.
Setiap konten yang anda buat pula mestilah disesuaikan dengan channel-channel tersebut.
Contoh kalau konten-konten yang nak diletakkan di channel-channel yang menggunakan video sebagai medium penyampaian. Anda tak boleh hanya meletakkan teks sebagai perkongsian.
Nak tak nak anda kena juga buat video untuk channel tersebut kerana audiens yang berada dalam channel tersebut memang nak tengok video.
Nampak ke nampak? Itu lah sebabnya anda perlukan team untuk uruskan semua channel-channel online anda.
Anda boleh tentukan setiap seorang team anda akan uruskan satu channel online.
Tapi macam mana pula kalau kita tak ada resource atau sumber untuk dapatkan team atau staff?
Betul memang tak semua orang yang ada kemampuan untuk dapatkan team dan staff yang berkualiti dan amanah untuk uruskan channel-channel online kita.
Kalau anda berada dalam masalah seperti ini, jangan risau sebab ada caranya yang kita boleh buat kalau kita yang uruskan seorang semua channel-channel online kita.
Apa yang anda boleh buat adalah daftar dahulu ke semua channel-channel online tersebut. Tapi fokus anda adalah pada channel-channel yang ada paling banyak audiens anda berada.
Fokuskan kepada channel-channel tersebut untuk dapatkan engagement yang maksimum daripada channel-channel tersebut. Maksimumkan penggunaan channel tersebut supaya anda boleh dapat output semaksimum mungkin yang anda boleh dapat.
Banyakkan perkongsian yang bermanfaat yang berfokuskan kepada audiens anda seperti yang saya dah bincangkan di atas tadi.
Bagaimana pula dengan channel-channel lain yang anda join tadi? Biarkan ke?
Anda tak biarkan channel-channel tersebut berkulat macam tu je. Anda update dari masa ke semasa mengikut masa dan kesesuaian anda. Asalkan ada update. Cuma kita tak fokuskan pada channel-channel tersebut.
Dengan adanya banyak touch point dalam online, secara tak langsung online presence anda juga akan bertambah. Malah kalau kita ada di banyak tempat, sebenarnya kita tengah membina satu brand yang sangat kuat.
Kalau tak dapat banyak, pastikan kita cemerlang dalam channel online yang kita fokuskan.
Kesimpulan
Memang tak dinafikan yang online presence ni sangat penting dalam online. Sebabnya sekarang ni semakin ramai orang yang hadir di dunia online terutamanya mereka yang berniaga.
Disebabkan oleh keadaan seakrang ini yang menyebabkan banyak sektor-sektor offline terpaksa ditutup. Anda kena terima kenyataan yang Covid-19 telah mengubah bagaimana kita melakukan sesuatu.
Termasuklah bagaimana kita menguruskan bisnes yang kita jalankan. Semakin banyak bisnes yang terpaksa hadir secara online disebabkan mereka tak dapat beroperasi secara offline.
Mereka ada 2 pilihan iaitu ubah cara mereka beroperasi dan uruskan bisnes mereka untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ataupun mereka boleh pilih tak buat apa-apa dan serahkan pada nasib.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Adakah anda juga nak jadi begitu? Tentulah tidak kan? Jadi apa yang anda kena buat? Bertindak untuk ubah dan adapt dengan keadaan semasa supaya bisnes anda boleh survive.
Jadi, bila dan masuk online mesti lah anda kena ada online presence bagi memastikan prospek atau pelanggan nampak kehadiran kita di online.
Kalau orang pun tak nampak kita di online, bagaimana mereka nak tahu dan jumpa anda.
Betul ke betul?
Itulah sebabnya online presence sangat penting untuk anda fokuskan apabila anda berada di online. Tanpa online presence yang bagus dan berkualiti, sangat susah untuk anda sampaikan mesej kepada mereka.
Sekarang, anda nampak tak betapa pentingnya untuk anda dapatkan online presence yang bagus dan sangat berkualiti?
Jom mulakan langkah untuk buatkan online presence kita lebih kuat dan berkualiti untuk memastikan audiens atau prospek kita sentiasa nampak kita.
Bila mereka sentiasa nampak, kenal dan suka dengan kita barulah senang untuk kita sampaikan mesej kita kepada mereka.
Percayalah, bila kita ada online presence yang bagus lebih senang anda nak grow bisnes dan pengaruh anda dalam online.
Kalau anda rasa perkongsian saya dalam artikel kali ini sangat bermanfaat untuk anda, sila kongsikan dengan lebih ramai lagi orang di luar sana.
Benda baik elok kita kongsikan bersama-sama supaya mereka juga akan dapat manfaat yang sama seperti anda.
Kalau anda ada sebarang komen, idea atau pandangan tentang online presence ini, boleh kongsikan di bahagian komen. Moga-moga dengan berkongsi, anda juga boleh sebarkan manfaat kepada orang yang membaca artikel ini.
Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang! 😘
Banyak saya belajar dari pos ni. Terlalu banyak alasan dalam kepala saya untuk mula online presence. Malu, takut orang kecam, dah tua, macam2 lagi. Tapi bila saya baca ttg 2 pilihan, nak mula sekarang atau tak nak buat apa2 dan bergantung pada nasib, saya rasa macam kena smash. Apa lagi dalam keadaan sekarang, semasa pandemik ini, lagi la kuat sebab untuk mula online presence.
Sekali lagi, terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermenafaat ini.
Alhamdulillah, saya gembira bila ada orang dapat manfaat daripada perkongsian saya. Terima kasih atas sokongan anda
Sangat bagus perkongsian tuan. Terima kasih
Semoga bermanfaat Puan
Alhamdulillah sangat banyak membantu saya.
Alhamdulillah… Semoga bermanfaat untuk Ds