BisnesUmum

Skill Paling Penting Untuk Usahawan. 80% Usahawan Abaikan Skill Ni!

Yezza-Header-Conclusion

Boleh saksikan video mengenai topik skill penting ini di bawah atau melalui Channel Youtube Bicara Usahawan

Sekarang ni sudah ramai yang mula menceburi bidang perniagaan sebabnya dah banyak kelas-kelas untuk berniaga yang ada di luar sana sekarang ni. Dalam keghairahan mereka untuk berniaga ramai yang terlupa untuk polish satu skill yang sangat penting untuk berjaya dalam perniagaan.

Disclaimer: Yang 80% tu hanya anggaran je. Bukan datang dari statistik rasmi.

Tanpa skill yang penting ni, anda mungkin boleh jana jualan yang banyak tapi untuk berkembang dan untuk pergi lebih jauh adalah sangat sukar dan mungkin anda akan tersungkur di tengah jalan!

Akibat Terlalu Fokus Dengan Skill Pemasaran

 Memang tak dinafikan dengan banyaknya wujud kelas-kelas pemasaran di luar sana menyebabkan ramai orang yang ingin mencuba untuk masuk dalam bidang bisnes ni.

Ini satu perkembangan yang baik sebab ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan positif kepada ekonomi negara kita.

Tapi berapa ramai yang mampu bertahan lebih daripada 3 tahun?

Ada yang tak sampai setahun pun dah lingkup!

Gagal sebab tak kuasai skill penting sebagai usahawan

Memang betul kemahiran dalam pemasaran dan juga jualan sangat penting. Itulah sebabnya banyak sifu-sifu ajar di luar sana. Skill marketing dan sales ini memang adalah satu kemahiran yang boleh dikatakan seksi.

Sebabnya kita boleh tengok hasilnya yang positif jika kita buat dengan betul. Tambahan pula ramai sifu-sifu marketing dan sales ini yang memasarkan kelas-kelas mereka dengan testimoni-testimoni hasil jualan yang gempak-gempak dan menunjukkan hasil jualan sebelum dan selepas student-student mereka selepas mengikuti kelas sifu tersebut.

Kalau tengok sales letter mereka memang ternganga kita dibuatnya. Tengok janji-janji yang ditaburkan oleh sifu-sifu ni akan menyebabkan kita terasa kalau kita tak grab tawaran mereka kita akan rasa rugi.

Anda kena faham yang sifu-sifu ni mereka dah kuasai kemahiran bagaimana nak manipulasi emosi pelanggan untuk membeli. Ayat-ayat yang mereka buat semuanya menjurus kepada bagaimana nak buat supaya orang membeli dan grab tawaran-tawaran yang mereka persembahkan kepada anda.

Ok-ok, yang ni saya akan bincangkan dalam artikel yang akan datang. Untuk artikel kali ni saya akan fokuskan kepada skill penting yang wajib untuk anda kuasai dahulu jika anda nak jadi seorang usahawan yang berjaya!

Tapi sebelum tu jangan lupa like dulu FB Page Bicara Usahawan melalui butang di bawah:

Jangan lupa juga Subscribe dan tekan loceng notification YouTube Channel Bicara Usahawan di SINI.

Kemahiran Pengurusan

Inilah skill yang saya maksudkan sebagai satu kemahiran yang paling penting untuk semua usahawan kuasai kalau mereka betul-betul nak berjaya dan kembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya boleh pecahkan skill pengurusan ini dalam 4 kategori yang penting:

 

  1. Pengurusan Masa
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Keutamaan/Priority
  4. Pengurusan Dokumentasi

Anda gagal kuasai 4 skill pengurusan diatas akan menyebabkan anda susah untuk berjaya dalam bisnes anda kebarangkalian untuk anda gagal adalah sangat tinggi. Anda gagal mengurus bermakna anda sudah selangkah ke arah kegagalan.

Saya tahu untuk belajar mengenai pengurusan ini bukanlah suatu tajuk yang seronok dan seksi berbanding dengan pemasaran dan jualan. Tapi percayalah, jika anda gagal mengurus semua kemahiran pemasaran dan jualan yang anda dah belajar tu tak akan dapat menyelamatkan bisnes anda.

Untuk tidak membuang masa lagi, jom kita kupas dengan lebih dalam lagi tentang 4 kategori skill pengurusan yang penting untuk anda kuasai ini.

Yezza-Middle-Content

Skill Pengurusan Masa

 Kenapa skill ini sangat penting untuk kita terutamanya seorang usahawan?

Kerana kita sebagai manusia memang tak dapat lari daripada masa. Kita sentiasa akan terikat dengan masa dari kita bangun tidur sehinggalah kita tidur balik.

Semua orang diberikan oleh tuhan tempoh masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam sehari. Tiada orang di dunia ini yang ada masa kurang atau lebih daripada 24 jam. Tapi dalam tempoh 24 jam sehari ini pun, ada orang yang berjaya dan ada orang yang gagal.

Bagaimana ianya boleh terjadi? Kenapa ada orang boleh berjaya dan ada orang yang gagal? Sedangkan tempoh masa sama setiap hari?

Ini disebabkan oleh skill pengurusan masa yang berbeza untuk setiap orang. Orang yang berjaya adalah orang yang pandai menguruskan dan memanfaatkan masa mereka setiap hari. 

Skill Pengurusan Kewangan

Skill-Pengurusan-Kewangan

 Dalam bisnes, aliran keluar masuk wang adalah nadi utama bisnes.

Pendek kata boleh dikatakan ianya adalah perkara yang menghidupkan sesuatu bisnes. Jika positif aliran kewangan bisnes anda, maka sihatlah bisnes anda. Jika negatif, maka sakitlah bisnes anda.

Itulah sebabnya ini adalah skill pengurusan yang paling penting untuk setiap usahawan kuasai.

Apa akan jadi kalau anda gagal menguruskan kewangan syarikat atau perniagaan anda?

Anda akan dapati banyak kebocoran dari segi kewangan akan berlaku. Ini lah yang terjadi bila ada sesetengah usahawan merungut sales banyak masuk tapi hujung bulan, tengok untung tak ada.

Lagi teruk, sampai ada yang terpaksa berhutang sebab nak cover kos operasi syarikat atau perniagaan mereka.

Benda ini banyak berlaku apabila seorang usahawan tu tak tahu macam mana nak bezakan antara perkara yang perlu dan perkara yang tak perlu dibelanjakan.

Lagi satu disebabkan mereka tidak merancang bagaimana pembahagian duit yang masuk kedalam akaun syarikat atau perniagaan.

Ini menyebabkan duit yang masuk dalam akaun syarikat atau perniagaan akan digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Ini menyebabkan perbelanjaan dan penggunaan wang syarikat tidak dapat dikawal.

Cara yang terbaik adalah untuk mengasingkan perbelanjaan syarikat dan persendirian dengan mengadakan gaji kepada diri anda sendiri.

Ada banyak lagi cara untuk menguruskan kewangan syarikat atau perniagaan dengan lebih efektif. Anda boleh belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan di Google atau mengikuti kelas-kelas pengurusan kewangan.

Antara perkara yang anda perlu uruskan dalam pengurusan kewangan adalah bagaimana untuk anda menguruskan hutang-hutang yang telah anda atau syarikat atau perniagaan anda buat.

Ramai usahawan yang gulung tikar di luar sana adalah disebabkan oleh bebanan hutang yang tak boleh mereka tanggung.

Antara yang menyumbang kepada peningkatan bebanan hutang yang melampau adalah dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Bila nak belanja je mesti swipe kad kredit.

Lepas tu bila nak bayar liat semacam. Konon bayar sikit-sikit hutang kad kredit, tapi mereka tak sedar yang mereka bayar tu bunga je. Principal atau pokok masih sama menyebabkan hutang masih tak selesai.

Jadi bunga akan sentiasa bertambah dan semakin lama dibiarkan akan menyebabkan hutang kad kredit semakin banyak.

Itulah yang menyebabkan ramai usahawan di luar sana muflis dan gulung tikar sebab tak uruskan hutang mereka dengan betul.

Tak salah berhutang asalkan anda boleh uruskannya dengan betul. Kerana kalau diuruskan dengan betul ianya boleh membantu untuk mengembangkan syarikat atau perniagaan anda.

Contoh macam loan SME Bank untuk membeli mesin memproses daging bagi meningkatkan pengeluaran produk. Ianya satu benda yang positif bila anda boleh uruskan pembayaran hutang tersebut dengan baik.

Tapi jika anda tak mampu untuk uruskan pembayaran hutang tersebut, saya nasihatkan kalau boleh elakkan hutang sila elakkan. 

Takut nanti anda akan merana di kemudian hari.

Urus kewangan anda dengan baik untuk anda lebih maju dalam bisnes anda.

Skill Pengurusan Keutamaan/Priority

Skill Pengurusan Keutamaan

 Skill seterusnya yang saya rasa penting untuk usahawan kuasai adalah pengurusan keutamaan/priority.

Kenapa ianya penting untuk usahawan kuasai?

Ianya untuk anda tahu yang mana perlu dibuat dahulu dan apa yang boleh dibuat kemudian. Dengan kata lain buat mana yang penting dahulu dan yang kurang penting kemudian.

Ramai usahawan yang gagal menguruskan keutamaan/priority mereka menyebabkan banyak benda-benda penting yang perlu mereka buat dahulu tidak dibuat.

Akibatnya mereka buat benda-benda yang kurang penting dan menyebabkan prestasi syarikat mereka jatuh.

Di atas tadi saya ada sebut tentang “aliran kewangan syarikat atau perniagaan yang positif akan menjadikan bisnes anda sihat“.

Anda nampak tak apa benda yang paling penting untuk anda buat bagi memastikan bisnes anda sihat dan boleh berkembang maju.

Tak salah nak belajar benda-benda baru atau nak buat sesuatu yang baru, tapi cuba fikir adakah ianya boleh mendatangkan duit masuk ke akaun syarikat atau perniagaan anda?

Kalau ya, sila teruskan dan letak dalam senarai keutamaan/priority yang perlu anda buat dahulu berbanding benda-benda lain.

Yang lain boleh buat sekiranya KPI yang anda dah set untuk syarikat atau perniagaan anda telah dicapai.

Benda ini walau nampak kecil tapi ianya mempunyai kesan yang besar kepada syarikat/perniagaan anda.

Cuba anda bayangkan kalau tak ada duit masuk dalam akaun syarikat atau perniagaan anda. 

Macam mana anda nak selesaikan semua kos-kos wajib yang perlu anda bayar setiap bulan? Nak guna duit sendiri? Kalau macam tu sebenarnya syarikat atau perniagaan anda sebenarnya telah berhutang dengan anda.

Kalau dah namanya hutang, syarikat atau perniagaan anda perlu bayar balik hutang tersebut.

Jika terlampau banyak hutang, ianya boleh menyebabkan aliran kewangan syarikat atau perniagaan menjadi negatif. Jika bebanan hutang terlalu banyak ianya akan menyebabkan syarikat atau perniagaan anda semakin tenat dan boleh jadi akan tutup.

Untuk pemilik bisnes, perkara pertama yang perlu anda utamakan adalah bagaimana nak bawa masuk duit ke dalam syarikat atau perniagaan agar anda boleh membayar serta menguruskan kos-kos wajib pada setiap bulan.

Uruskan keutamaan anda supaya anda tidak melakukan perkara-perkara yang tidak penting dan memberi manfaat kepada syarikat atau perniagaan anda. 

Skill Pengurusan Dokumentasi

Skill-Pengurusan-Dokumentasi

Skill seterusnya yang tak ramai orang ambil kisah adalah bagaimana nak menguruskan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bisnes anda.

Jika anda gagal menguruskan dokumen yang berkaitan dengan bisnes anda, percayalah yang anda akan susah satu hari nanti.

Terutama sekali bila sampai kepada masa untuk audit syarikat. Masa tu mula lah nak cari dokumen-dokumen yang berkaitan untuk diberikan kepada auditor.

Masa tu lah banyak dokumen-dokumen dan resit-resit yang tak jumpa. Yang menyedihkan lagi bila semua benda yang diperlukan tu dah hilang!

Pengurusan dokumen bukan sahaja penting untuk tujuan audit syarikat atau perniagaan, ianya juga penting dalam pengurusan syarikat atau perniagaan.

Cuba bayangkan jika anda perlukan dokumen perjanjian pinjaman bank. Tetapi disebabkan anda tak simpan dan uruskan dokumen-dokumen anda secara teratur, anda tak jumpa dokumen tersebut.

Anda tak tahu letak di mana dan lebih teruk lagi kalau dokumen tersebut hilang!

Itulah sebabnya penting untuk anda uruskan dan susun dokumen-dokumen penting untuk memudahkan anda untuk mencari dan dapatkan dokumen tersebut bila anda perlukannya.

Jadi tak ada lah anda terkial-kial nak cari dokumen atau resit penting bila anda perlukannya.

Bila berkaitan dengan LHDN atau cukai, lagi penting untuk anda boleh dapatkan semua dokumen-dokumen serta resit-resit tersebut untuk mengelakkan anda terpaksa membayar cukai lebih.

Terutama sekali benda-benda yang berkaitan dengan akaun syarikat atau perniagaan. 

Kalau tersalah buat boleh jadi anda tak dapat figure sebenar keuntungan atau kerugian syarikat atau perniagaan anda.

Kesimpulan

Bagi saya skill pengurusan adalah satu skill yang semua usahawan kuasai kalau anda nak berjaya dalam bisnes anda. Anda gagal mengurus bermakna anda sedang menuju ke arah kegagalan dalam bisnes.

Yezza-Middle-Content

Memang ilmu tentang pengurusan ni tak seseksi macam ilmu marketing dan sales, tapi ianya adalah skill yang wajib anda kuasai untuk anda lebih maju dalam bisnes anda.

Tujuan saya menulis artikel dan merakam video dalam tajuk iani adalah sebagai peringatan untuk semua usahawan terutamanya diri saya sendiri kerana saya juga adalah seorang usahawan seperti anda.

Saya juga pernah buat silap yang sama seperti majoriti usahawan pada awal pembabitan saya dalam dunia bisnes ni.

Inilah juga yang menyebabkan semua keuntungan yang saya perolehi semasa awal-awal bisnes dulu dah tak ada. Semuanya habis tak tahu ke mana sebab saya tak uruskannya dengan betul.

Mujurlah saya cepat sedar walaupun semua keuntungan sebelum ini habis. Tapi saya anggap ianya adalah yuran pembelajaran yang perlu saya bayar disebabkan saya tak kuasai ilmu pengurusan ni.

Saya terpaksa bermula semula dari bawah dan kali ini saya uruskan bisnes saya dengan betul. 

Alhamdulillah, slowly saya boleh menapak semula dan kali ini dengan lebih kukuh kerana saya sedar kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu. 

Saya bersyukur apa yang saya lalui dahulu boleh saya jadikan perkongsian untuk anda tidak lakukan kesilapan yang sama seperti saya. 

Mungkin juga benda tu berlaku sebagai asbab untuk saya menulis artikel ini dan kongsikannya agar ianya boleh memberi manfaat kepada yang membacanya.

Saya berharap agar platform Bicara Usahawan yang saya buat ini dapat menyebarkan dan memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana terutamanya kepada usahawan.

Bagi yang dah tersilap, sebenarnya anda masih boleh perbetulkannya selagi hayat anda dikandung badan. Anda boleh mula perbetulkan kesilapan yang telah anda buat.

Anggap sahaja kesilapan yang lalu itu sebagai pengajaran untuk kita lebih maju dan berjaya di masa hadapan.

Saya harap anda yang membaca artikel ini juga dapat sesuatu daripada perkongsian saya dalam artikel ini serta video yang telah saya sediakan.

Jika anda suka dan rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda atau orang lain agar mereka juga boleh dapat manfaat daripada artikel ini.

Anda juga boleh komen untuk memberi pendapat anda.

Yezza-Header-Conclusion

Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
1
In Love
0
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

More in:Bisnes

0 %
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?
%d