Boleh ikuti kupasan mengenai isu harga kawan makan kawan ini di Channel Youtube Bicara Usahawan atau terus tonton di bawah ini.
Jangan lupa subscribe dan tekan loceng notification untuk terima video update terbaru dari Bicara Usahawan!
Jangan lupa juga untuk like Facebook Page Biacara Usahawan!
Anda juga mungkin minat topik : 10 Perangai Bisnes Partner Yang Patut Anda Jauhi
Mungkin ianya boleh membantu anda dalam memilih bisnes partner untuk bisnes anda. Jangan tersalah pilih kerana ianya kelak akan menyusahkan anda pula.
Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, jom kita berbicara mengenai isu ini.
Kandungan Artikel
Harga Kawan Makan Kawan
Sesiapa yang pernah berniaga pasti akan jumpa juga isu ini. Tipulah kalau tak pernah jumpa isu ini.
Masa kita baru mula-mula berniaga orang-orang di sekeliling kita tak akan ambil kisah pasal kita. Lagi-lagi kawan-kawan kita.
Kurang yang support, kebanyakannya hanya pandang negatif atau perli anda.
Tapi itulah lumrah orang berniaga atau seorang usahawan. Tiada siapa yang akan pandang anda semasa anda berada di bawah.
Tapi bila anda berada di atas, ramai pulak yang datang kepada anda. Kebanyakannya datang kerana mereka lihat anda sudah berjaya. Tu belum lagi jenis yang berkawan dengan anda sebab duit anda.
Jenis yang tu lagi teruk sebab mereka hanya dekat dengan anda ketika anda ada duit. Tapi bila anda susah mereka akan jauh dengan anda.
Nak Beli Sebab Kawan Jual


Ada jugak sesetengah kawan yang hanya membeli produk dengan kawan-kawan yang mereka kenal sahaja. Konon-kononya nak dapatkan harga yang murah lah.
Kalau harga kawan yang mereka minta tu munasabah ok lah. Kira win-win situation. Tapi bukan semua kawan yang faham kawan usahawan mereka.
Yang mereka mahu, kalau beli dengan kawan mesti dapat harga murah kaw-kaw punya. Kalau dapat free lagi bagus!
Yang penting duit mereka tak habis banyak biarlah tindakan mereka ini akan menyebabkan orang lain susah.
Lebih teruk mereka ni jenis yang tak kisah apa yang berlaku dekat kawan mereka sendiri asalkan mereka pusa hati dengan harga yang mereka minta.
Harga Kawan Makan Kawan


Mereka hanya fikir untung mereka tanpa fikirkan kawan usahwan mereka. Nak beli barang kawan tu tapi nak harga bukan main murah lagi.
Kalau reasonable dan tak makan kos boleh diterima lagi. Itu pun kalau dah memanjang dia order dengan harga kos, bilanya nak untung?
Tak pernah ke terfikir yang kawan usahawan tu ada kos-kos yang mereka kena tanggung? Kos sewa premis, kos beli produk, beli bahan-bahan buat produk, kos gaji pekerja lagi.
Kalau harga murah yang tak makan kos, mungkin boleh lagi usahawan tu bernafas.
Tapi harga murah yang mereka minta tu kadang-kadang menyebabkan anda terpaksa tanggung rugi. Bukan sahaja rugi kadang-kadang terpaksa berhutang pulak sebab nak tambah stok barang perniagaan.
Ingatlah, seorang usahawan ada banyak tanggungan yang mereka perlu jaga. Mungkin anda hanya perlu tanggung keluarga, tapi kawan usahawan anda perlu tanggung pekerja dan keluarga mereka.
Itu belum lagi keluarga pekerja mereka yang memerlukan bantuan daripada majikan (usahawan) mereka. Kadang-kadang sampai terpaksa keluar duit sendiri untuk membantu pekerja mereka.
Itulah sebabnya mereka yang suka membeli dengan harga murah daripada kawan usahawan mereka saya panggil sebagai kawan yang suka beli dengan harga kawan makan kawan.
Walaupun tak nampak banyak, tapi harga kawan makan kawan ini pasti akan menjejaskan perniagaan kawan mereka.
Berbangga Dengan Harga Kawan Makan Kawan


Isu harga kawan makan kawan ni banyak berlaku kepada usahawan yang menyediakan servis. Saya sendiri ada menyediakan perkhidmatan membina laman web.
Saya juga ada pengalaman berhadapan dengan kawan yang suka minta harga kawan makan kawan ni.
Ada seorang kawan saya yang berminat untuk mengambil servis membina laman web produknya dengan saya.
Dipendekkan cerita, setelah berbincang, saya setuju untuk tolong dia buat website dengan harga 50% lebih murah daripada harga biasa yang saya berikan kepada pelanggan saya.
Tapi yang tak bestnya, dia mintak pulak servis saya yang biasanya saya berikan kepada pelanggan premium saya. Bukan itu sahaja, harga dahlah ambil harga pelanggan biasa kurang 50% pulak tu.
Demand nak servis yang lebih daripada tu.
Dalam hati saya kata “Ok kali ni je aku tolong kawan aku ni. Mungkin dia ada masalah duit kot.”. End up saya pun bersetuju untuk siapkan website untuk produk dia.
Dah siap website, siap dengan integration payment gateway lagi. Dia gembira dengan website yang saya buatkan untuk dia.
Tak lama lepas tu dia hubungi saya lagi. Katanya nak ambil lagi servis saya untuk 10 lagi produknya.
Bila dengar macam tu tak tahulah macam mana gembiranya hati bila dapat tahu akan ada 10 lagi servis yang akan masuk.
Tapi kegembiraan saya meleset apabila dia minta harga yang lebih murah daripada harga yang dia dapat sebelum ini.
Bila dengar begitu saya pun terangkan kepada dia yang harga tu tak patut untuk saya. Walaupun nak buat 10 website pun, memang tak padang dengan harga yang dia minta tu.
Tapi jawapan yang dia berikan kepada saya sangat-sangat menyakitkan hati. Boleh dengan bangga dia kata “Alah bukan aku tak bayar pun servis kau. Sebelum ni aku bayar apa?”.
Kata-kata yang dilontarkan tu seolah-olah menyatakan yang saya ni mengemis bayaran servis daripada dia.
Saya menolak dengan baik dan saya suruh dia buat sendiri website yang dia nak kalau betul-betul nak jimat.
Saya tak sanggup nak ambil servis dengan harga yang dia berikan.
Itulah pengalaman saya berdepan dengan mereka yang ada sikap nak harga kawan makan kawan.
Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang menghadapi masalah ni. Ramai lagi usahawan di luar sana yang menghadapi masalah harga kawan makan kawan ni.
Berpada-Pada Bila Potong Harga


Nak bagi harga diskaun tak ada masalah. Malah ianya salah satu strategi dalam pemasaran untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan baru untuk mendapatkan produk/servis anda.
Nak bagi harga kawan-kawan pun tak ada masalah. Tapi janganlah sampai jadi harga kawan makan kawan.
Takut nanti disebabkan nak jaga hati kawan, kita dan bisnes kita juga yang merana. Silap hari bulan boleh tutup bisnes kita disebabkan oleh harga kawan makan kawan ni.
Janganlah kita potong harga sampaikan kita terpaksa menanggung kos pula semata-mata nak bagi kawan kita beli produk/servis kita.
Kalau betul anda nak tolong bisnes kawan anda, sepatutnya anda tak minta harga kawan makan kawan, tapi sebaliknya anda beri lebih daripada pelanggan lain sebagai sokongan anda terhadap bisnes mereka.
Kalau tak boleh bagi lebih pun, bayarlah macam mana pelanggan lain bayar. Itu pun dah banyak membantu mereka.
Mana tahu disebabkan anda banyak menyokong bisnes kawan usahawan anda, mereka akan berikan penghargaan kepada anda. Paling kurang pun mereka akan ajak anda keluar untuk belanja makan.
Kesimpulan
Insaflah kepada mereka yang selalu sangat minta harga kawan makan kawan ni. Ketahuilah yang kawan usahawan anda sebenarnya bukanlah senang sangat.
Banyak benda yang kami perlu bayar untuk memastikan bisnes kami berjalan dan berterusan hidup.
Kalau dah asyik melayan mereka yang meminta harga kawan makan kawan, boleh jadi bisnes kawan anda akan semakin tenat.
Janganlah anda menjadi penyebab kepada tutupnya bisnes kawan anda. Anda kena ingat, mereka juga mempunyai tanggung jawab yang perlu mereka jaga.
Di bawah mereka ada banyak insan-insan yang bergantung harap kepada mereka.
Janganlah disebabkan anda yang meminta harga kawan makan kawan menyebabkan insan-insan tersebut hilang tempat berharap dan bergantung hidup.
Akhir kata, tak salah nak minta harga murah tapi janganlah sampai minta harga kawan makan kawan. Jangan menyebabkan orang lain terinaya kerana anda.
Janganlah nak menang di satu pihak sahaja. Biarlah semua menang baru lah adil.
Kalau anda ada sebarang komen boleh tinggalkan komen anda di bahagian komen di bawah.
Kalau nak kongsikan pengalaman anda berdepan dengan mereka yang selalu minta harga kawan makan kawan pun boleh cerita di bahagian komen di bawah.
Semoga bertemu lagi dalam artikel yang akan datang. Jika anda rasa artikel saya bermanfaat untuk anda, jangan lupa share artikel ini supaya manfaatnya boleh disebarkan kepada orang lain pula.