Bisnes

6 Tips Mudah Untuk Dapatkan Jualan Di Internet

Semua orang yang berniaga di internet pasti nak dapatkan jualan produk/servis yang mereka tawarkan kepada pelanggan.

Ye lah, siapa yang berniaga tak nak dapat jualan kan?

It’s simple logic bila anda berniaga. Buat apa berniaga kalau tak nak dapatkan jualan. Betul tak?

Namun, saya faham bukan senang nak hasilkan jualan yang lebat atau laku di internet. Nampak macam mudah kan, tapi hakikatnya sangatlah susah untuk dapatkan jualan di internet.

Inilah realiti dan hakikat yang perlu ditelan oleh semua usahawan apabila anda tidak menggunakan proses dan cara yang betul apabila anda berkomunikasi dengan pelanggan.

Ada banyak faktor yang menyebabkan susah sangat untuk anda dapatkan jualan di internet. Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini.

Mungkin saya akan berkongsi dengan anda tentang benda ni dalam artikel yang lain.

Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, suka untuk saya ingatkan kepada anda supaya like dan follow Facebook Page Bicara Usahawan.

Kalau dah like dan share, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan saya sangat hargai sokongan yang anda berikan kepada Bicara Usahawan.

Oh ya, jangan lupa Subscribe YouTube Channel Bicara Usahawan sekali tau!

Ada banyak video-video tentang bisnes saya kongsikan di sana. Kalau dah subscribe, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan yang anda berikan kepada Channel YouTube Bicara Usahawan.

Ianya akan menjadi satu pembakar semangat untuk saya hasilkan video-video content yang bermanfaat untuk anda!

Bagi mereka yang nak tonton dalam bentuk video, anda boleh tonton content ini melalui video di bawah:

Baiklah, jom kita fokus kepada tajulk kita pada artikel kali ini.

6 Tips Mudah Untuk Anda Mula Buat Jualan Di Internet

Baiklah seperti yang saya dah nyatakan di atas tadi, untuk hasilkan jualan yang lebat, konsisten dan juga berpanjangan, anda kena faham apa proses-proses yang terlibat sebelum sesuatu jualan itu terhasil.

Macam berbelit pulak kan?

Untuk senang faham, jualan adalah satu proses dan anda kena lalui proses-proses tersebut dan alaminya.

Anda kena “trust the process” sebab selalunya result yang anda dapat mula-mula mungkin tak akan buat anda gembira. Tapi percayalah jika anda lalui proses-proses ini, lama kelamaan anda akan dapat lihat result yang anda dapat akan menampakkan peningkatan sedikit demi sedikit.

Ini disebabkan apabila anda lalui dan alami semua proses ini, skill yang anda ada juga akan semakin meningkat. Anda akan nampak lebih jelas apa yang anda perlu buat untuk anda capai impian dan kejayaan yang anda idam-idamkan.

Pengalaman adalah the best teacher in the world sebab dengan pangalaman tersebut kita mampu untuk atasi masalah-masalah yang kita hadapi dalam hidup kita sekarang.

Dah faham?

Kalau dah faham, jom kita teruskan!

Kenal Pasti Pelanggan

Kenal Pelanggan

Ini adalah bahagian yang paling penting sekali untuk anda fokuskan jika anda nak dapatkan jualan yang best. Ramai usahawan yang skip langkah ini.

Saya sangat-sangat sarankan untuk anda luangkan masa dan fikirkan dengan mendalam siapa sebenarnya pelanggan untuk produk/servis anda.

Kunci utama untuk kita berjaya buat jualan adalah dengan memahami dan mendalami siapa pelanggan yang sebenar-benarnya yang akan mendapatkan produk/servis yang kita tawarkan.

Kita kena ingat yang kita akan berurusan dengan manusia. Jika kita nak berurusan dengan manusia perkara yang penting sebenarnya adalah bagaimana cara kita berkomunikasi dengan mereka.

Anda juga kena ingat yang pelanggan anda adalah seorang manusia bukannya seekor binatang ataupun robot. Jadi anda perlu kuasai skill berkomunikasi dengan manusia dan bukannya skill berkomunikasi dengan haiwan atau robot.

Untuk menjadikan proses komunikasi dengan pelanggan lancar, anda kena kenal mereka!

Orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Cuba fikirkan, senang tak kita nak berkomunikasi dengan orang yang kita tak kenal?

Mudah tak untuk kita approach orang yang kita tak kenal?

Senang tak nak mulakan topik perbualan kalau kita tak kenal dengan siapa kita berbual?

Nampak tak kenapa anda kena kenal dan pastikan betul-betul siapa pelanggan yang bakal mendapatkan produk/servis anda.

Dengan cara ini anda akan lebih mudah menyusun strategi dan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk closing pelanggan tersebut.

Mesej yang anda sampaikan kepada mereka juga akan lebih memberi kesan kerana anda tahu dan kenal mereka. Itulah sebabnya, kalau anda belajar marketing atau ikut mana-mana kelas marketing perkara pertama yang anda akan belajar adalah kenal pelanggan.

Kenal Pasti Di Mana Mereka Berada

Di Mana Mereka Berada

Langkah yang seterusnya selepas anda kenal siapa mereka adalah anda kena tahu di mana mereka berada.

Kenapa langkah ini penting? Sebabnya anda nak sampaikan mesej pemasaran atau jualan anda kepada mereka di tempat mereka berkumpul atau berada.

Ramai juga yang tak kaji secara mendalam tentang perkara ini.

Ini menyebabkan mesej yang mereka sampaikan tak sampai secara meluas atau tak sampai langsung kepada bakal pelanggan mereka.

Tak guna mesej yang bagus, bombastik kau memang deboom sekali pun kalau tak ada orang yang mendengar dan proses mesej tersebut kan?

Dengan mengetahui di mana mereka berada juga dapat menjimatkan masa dan tenaga anda daripada melakukan kerja yang sia-sia.

Apa yang saya maksudkan dengan kerja sia-sia adalah anda penat buat pemasaran di tempat yang bakal pelanggan anda sedikit atau tiada.

Dalam online pula, anda kena tahu di mana mereka ni berkumpul.

  • Adakah mereka berada di Facebook?
  • Adakah mereka berada di Instagram?
  • Adakah mereka berada di Twitter?
  • Adakah mereka berada di TikTok?
  • Adakah mereka berada di YouTube?

Dengan tahu di mana mereka berada, anda boleh fokuskan pemasaran anda di platform-platform di mana bakal pelanggan anda paling banyak.

Jadi tak ada lagi anda kena pergi kepada semua channel untuk sampaikan mesej pemasaran anda.

Dah faham kenapa penting sangat untuk anda tahu di mana mereka ni berada?

Sampaikan Mesej

Sampaikan Mesej

Bila anda dah tahu di mana mereka berada, proses seterusnya yang anda perlu lakukan adalah sampaikan mesej-mesej pemasaran anda kepada mereka.

Kalau anda tak sampaikan mesej-mesej pemasaran anda kepada mereka, mereka pun tak tahu apa yang anda jual.

Ada banyak cara nak sampaikan mesej-mesej pemasaran anda kepada mereka.

Anda boleh gunakan:

  • Video
  • Audio
  • Text
  • Ebook
  • Gambar

Kalau bercakap mengenai copywriting pula;

  • Hardsell (menjual)
  • Softsell (menjual tapi tak ketara)
  • Storytelling (bercerita)
  • Kata-kata semangat
  • dan banyak lagi

Anda perlu pelbagaikan cara penyampaian mesej anda kepada pelanggan supaya mereka tak berasa bosan dengan cara penyampaian yang sama.

Mungkin anda masukkan sedikit unsur-unsur hiburan atau jenaka yang tidak keterlaluan. Ini untuk mengelakkan daripada mereka berasa bosan dengan mesej-mesej pemasaran anda.

Jangan terlalu banyak tekankan kepada fakta dan teknikal semata-mata. Pelbagaikan dengan kata-kata semangat atau motivasi untuk meningkatkan tahap keterujaan mereka untuk mendengar mesej-mesej yang anda sampaikan.

Bina Repo

Bina Repo

Ada sesetengah keadaan memerlukan anda sampaikan mesej secara personal touch kepada pelanggan anda. Mungkin mereka rasa tak sesuai untuk dibincangkan secara umum. Jadi mereka memerlukan personal touch anda untuk mereka selesaikan kugusaran yang terdapat dalam hati mereka.

Jadi anda kena bina hubungan dengan mereka. Itu kalau kita bincangkan dari sudut personal touch.

Kalau kita bincangkan bina repo secara umum untuk hasilkan jualan adalah apabila mereka berhubung dengan anda.

Kalau boleh berikan 200% effort anda untuk memastikan mereka selesa berkomunikasi dan bersembang dengan anda.

Bina hubungan dengan mereka sampaikan mereka rasa anda adalah tempat untuk mereka mengadu dan selesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Jadilah sahabat yang baik kepada pelanggan anda dan bukannya penjual yang menjual produk/servis kepada mereka.

Percayalah, rezeki sebenarnya ada dalam silaturrahim. Jika anda berkenalan dan buat baik kepada ramai orang saya yakin rezeki anda akan melimpah ruah.

Bagi Layanan First Class

Layanan First Class

Memang lumrah seorang manusia itu suka dibelai dan diberi layanan yang first class.

Kalau boleh mereka nak dapat layanan yang terbaik sehinggakan mereka terasa seperti berada di syurga.

Cuba anda lihat kenapa ada sesetengah kedai di shopping mall mereka renovate kedai mereka cantik-cantik dan berikan layanan yang first class kepada semua pelanggan mereka.

Apa yang mereka dapat dengan buat macam tu?

Pertama, mereka akan tarik orang yang betul atau layak datang ke kedai mereka.

Maksud layak yang saya maksudkan adalah pelanggan-pelanggan yang mampu bayar harga produk/servis mereka.

Kedua, mereka nak bagi pelanggan rasa dan alami keadaan mereka bila pakai produk yang mereka beli dikedai tersebut.

Dengan cara itu juga mereka berjaya letakkan standard pada produk mereka.

Sabar

Sabar Dapatkan Jualan

Untuk dapatkan jualan, anda kena sabar menghadapi perangai-perangai pelanggan yang berhubung dengan anda.

Biasalah, dah nama pun manusia akan ada macam-macam perangai yang akan anda jumpa bila anda layan mereka.

Kunci untuk anda dapatkan kepercayaan mereka adalah dengan melayan mereka dengan sabar.

Saya faham, kadang-kadang tu ada sampai stress kita melayan mereka tapi kita still kena bersabar dengan perangai mereka.

Rasa macam nak campak je telefon tu bila bercakap atau whatsapp pelanggan ni. Macam-macam kerenah. Kadang ada yang terlalu cerewet sampaikan benda yang mudah pun akan jadi susah.

Tapi kita tetap kena bersabar, sebab kalau kita campak telefon kita tu, sah-sah kita yang rugi. Tak pasal-pasal kena beli telefon yang baru pulak. 😅

Jadi berfikirlah secara waras, matang dan penuh kesabaran supaya anda tak rugi.

Ikut pengalaman saya ada pelanggan yang awal-awal je mereka ni cerewet sebab mereka masih tak kenal siapa anda lagi. Itulah sebabnya mereka tanya macam-macam soalan tu.

Sebab mereka nak pastikan yang anda adalah orang yang betul-betul boleh bantu selsaikan masalah mereka.

Jadilah orang yang sabar kerana orang yang sabar tak akan rugi.

Kesimpulan

Untuk berjaya hasilkan jualan, aianya adalah satu proses yang anda perlu lalui dan alami. Kalau anda tak lalui proses ini anda tak akan faham dan tahu bagaimana nak buat jualan.

Trust the process! Buat dahulu dan fokuskan bagaimana nak improve skill yang kita ada supaya kita boleh tingkatkan lagi conversion rate closing kita.

Pecayalah, yang semua orang berniaga akan lalui proses yang sama. Beza antara orang yang berjaya buat jualan dan mereka yang tak berjaya menjual adalah mereka tak putus asa semasa mereka lalui proses ini.

Untuk dapatkan sales daripada pelanggan juga adalah satu seni di mana anda perlu tahu seni melayan dan memujuk orang.

Anda kena tahu bagaimana nak buat pelanggan anda berasa selesa dan tertarik, terpukau dan terpengaruh dengan apa yang anda sampaikan.

Dan akhir sekali, anda kena faham yang orang membeli disebabkan mereka percaya kepada produk/servis dan juga diri anda.

Barulah mereka dengan rela hati memberikan duit mereka kepada anda.

Sampai sini dahulu perkongsian saya dalam artikel kali ini.

Kalau anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat, jangan lupa share supaya lebih ramai lagi orang yang akan mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. 😊

Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
0
In Love
0
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

2 Comments

  1. Terbaik tuan. Ramai susah nak jual sebab main redah je jual kat semua orang 🙂

  2. Betul tu, Kalau tak tahu, memang banyak yang main redah je.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

More in:Bisnes

0 %
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?
%d bloggers like this: