Bila sebut je pasal bursa saham pasti ramai yang fobia atau takut. Sebab kita dah selalu dimomokkan dengan yang saham tu buat orang rugi la, buang masa masuk saham ni, tak boleh untung pun kalau main saham ni, market tak stabil la dan sebagainya.
Itu betul kalau anda main saham atau masuk bursa saham tanpa ilmu yang betul.
Orang kata cowboy je, main redah, sudah-sudah terus jatuh rebah.
Ya memang betul kalau anda masuk atau main saham tanpa ilmu yang betul anda akan gagal. Lagilah kalau anda masuk bursa saham ni sebab ikut-ikut orang.
Itu lagi lah kelaut. Sebab ikut-ikut orang. Nampak orang boleh buat duit dengan bursa saham kita pun ikut sama. Belajar pun hanya surface sahaja hanya untuk tahu macam mana nak daftar akaun CDS, nak cari platform dan nak jual beli saham.
Ilmu yang sepatutnya dipelajari langsung tak ambil tahu. ilmu asas dalam saham langsung tak tahu. Yang mereka tahu hanya ikut orang.
Orang beli saham A, dia pun beli saham A. Beli saham B dia pun ikut beli saham B. Orang tersungkur dengan dia-dia sekali tersungkur.
Tapi yang membezakan orang tadi tersungkur boleh naik balik dengan yang ikut tersungkur terus tersungkur adalah ilmu dan pengetahuan yang mereka ada dalam saham.
mereka rugi, tapi ianya dalah rugi yang masih dalam kawalan, tapi yang ikut ni, tak tahu apa-apa langsung. Itulah sebabnya kalau dah terciduk tu terus tak boleh nak bangun lagi dah.
Atas sebab inilah untuk artikel Bicara Usahawan kali ini, saya nak kupaskan 6 sebab kenapa usahawan kena belajar tentang bursa saham ni.
Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, jangan lupa like Facebook Page Bicara Usahawan dan subscribe Channel YouTube Bicara Usahawan.
Jom kita kupaskan dengan lebih lanjut!
Kandungan Artikel
Sebab Usahawan Kena Belajar Melabur Di Bursa Saham
Kita sebagai usahawan perlu berusaha untuk dapatkan pendapatan kita. Kalau kita tak berusaha atau bekerja, kita tak akan ada pendapatan.
Itulah senario seorang usahawan. Kita bukannya bekerja dengan gaji yang tetap. Kalau kita letak gaji untuk kita pun, kita tetap kena berusaha untuk memastikan kita dapat gaji yang kita dah letak pada diri kita tu.
Kalau tak kerja, maka tak ada duit masuk dalam syarikat atau perniagaan anda.
Bagi usahawan yang dah lama berniaga atau perniagaan mereka dah stabil, biasanya mereka akan ada duit lebihan daripada perniagaan mereka.
Jadi bagaimana nak manfaatkan duit lebihan tersebut? Labur dalam bursa saham la kan?
Nanti dulu, sebelum anda masuk mana-mana kaunter dalam bursa saham untuk melabur, adalah lebih baik sekiranya anda luangkan masa untuk belajar ilmu pelaburan dalam bursa saham yang betul.
Bukannya sekadar ikut-ikut orang. Saya dah terangkan dekat atas tadi kenapa kita tak boleh nak buat pelaburan dalam bursa saham dengan ikut-ikut orang sahaja.
Kalau anda nak belajar ilmu pelaburan saham yang betul saya ‘highly recommend‘ untuk anda belajar melalui video Panduan Rookie Saham Gakuen.
Saya ada tulis review pasal video panduan ini dengan detail di artikel : 100 % Jujur! Review Video Panduan Rookie Saham Gakuen
Semoga artikel tersebut dapat membantu anda untuk tahu dengan lebih lanjut pasal video panduan tersebut.
Untuk artikel kali ni saya nak fokuskan kepada 6 sebab usahawan kena belajar bursa saham. Untuk maklumat tentang video Panduan Rookie Saham Gakuen anda boleh rujuk artikel yang saya dah bagitahu di atas.
Pelaburan Yang Selamat


Saya pasti setiap usahawan ada cara mereka yang tersendiri untuk menggandakan wang yang mereka ada. Ada banyak cara yang betul dan tak betul di luar sana.
Yang paling banyak dan popular adalah skim cepat kaya. Banyak orang yang dah terpedaya dengan scammer-scammer skim cepat kaya. Usahawan juga tidak terkecuali dalam tertipu dengan scammer-scammer tersebut (yang jadi scammer pun ada jugak tapi mungkin kita akan bincang dalam artikel akan datang).
Janganlah jadikan hasil usaha penat lelah anda setiap hari untuk mencari pendapatan melalui perniagaan anda tu sia-sia. Bagi saya lagi baik anda gunakan sebahagian pendapatan anda tu untuk melabur saham.
Mungkin ada yang berfikir “ada je orang main saham rugi“, “main saham pun rugi jugak“, “dah pernah main saham,rugi teruk“.
Betul kalau anda main saham dan melabur dalam bursa saham tanpa ilmu yang betul. Kalau anda melabur dengan ilmu dan kaedah yang betul saya yakin ianya lebih selamat daripada anda melabur dalam skim-skim mengarut di luar sana.
Percentage Return Yang Tinggi


Memang banyak jenis-jenis pelaburan yang wujud di luar sana. Ada yang menawarkan pulangan yang tinggi dan ada yang menawarkan pulangan yang rendah.
Anda boleh melabur di mana-mana jenis platform pelaburan yang telah diiktiraf oleh kerajaan seperti ASB, ASNB dan Tabung Haji.
Saya tak kata anda tak perlu melabur di platform-platform tersebut. Silakan kalau anda nak buat pelaburan di sana. Saya pun ada melabur dalam ASB dan Tabung Haji. Platform-platform ni selamat untuk anda melabur.
Tapi apa kata anda pecahkan sedikit bajet pelaburan anda tu untuk anda melabur di bursa saham. Saya tak kata anda stop melabur di ASB atau Tabung Haji, tapi saya galakkan untuk anda tambah channel pelaburan anda di bursa saham.
Sebab apa?
Sebabnya pulangan dalam bursa saham lebih tinggi daripada platform-platform tadi. Malah kalau anda perlukan duit, anda boleh jual unit saham anda untuk dapatkan keuntungan.
Ianya lebih cepat untuk dicairkan berbanding dari pelaburan seperti emas dan hartanah.
Memang saya tak nafikan risiko rugi dalam saham ni. Tapi kalau kita ada ilmu yang betul saya yakin kerugian yang anda alami tu tak akan menjejaskan kewangan anda.
Pendapatan Bebas Cukai


Kalau and nak tahu sebenarnya, pendapatan yang kita dapat melalui pelaburan saham adalah satu pendapatan yang bebas cukai.
Sebab syarikat yang kita melabur telah pun membayar cukai syarikat mereka. Oleh sebab itu pendapatan yang anda dapat daripada keuntungan syarikat tersebut telah dikecualikan dari cukai.
Menarik bukan? Saya yakin ramai yang tak tahu lagi pasal benda ni.
Dengan kata lain, LHDN tak akan cari anda kalau anda dapat pendapatan daripada pelaburan saham ni.
Macam mana nak tahu, kena lah belajar ilmu saham yang betul!
Dalam video Panduan Rookie Saham Gakuen ada ditunjukkan caranya.
Pelaburan Syariah Compliance


Lagi satu kenapa saya galakkan untuk usahawan belajar ilmu yang betul tentang bursa saham ni sebabnya pelaburan dalam saham ini kalau dibuat dengan betul adalah satu pelaburan yang patuh syariah (syariah compliance).
Memang kalau dulu susah untuk kita cari kaunter-kaunter pelaburan yang patuh syariah. Tapi sekarang dah banyak kaunter-kaunter pelaburan yang patuh syariah.
Jadi anda boleh melabur dan mendapatkan pulangan daripada pelaburan tersebut tanpa was-was.
Syarikat-syarikat yang telah dikaegotikan sebagai ‘syariah compliance‘ ni pulak akan sentiasa diaudit dan disemak untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan ‘syariah compliance‘.
Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh syarikat yang berstatus ‘syariah compliance‘ juga akan dipantau agar tidak ada sebarang aktiviti perniagaan yang melanggar hukum syariah ataupun aktiviti perniagaan haram.
Itulah sebabnya anda perlu belajar dan dapatkan ilmu bursa saham yang betul untuk memastikan anda melabur pada syarikat-syarikat yang berstatus ‘syariah compliance‘. Bukannya melabur pada sebarang syarikat yang anda jumpa dalam bursa saham.
Bila pelaburan anda pun dah patuh syariah, in shaa Allah pulangan yang anda dapat pun berkat.
Salah Satu Sumber Passive Income


Saya yakin bila sebut passive income mesati ramai yang berminat. Ye lah, duduk diam je duit masuk dalam akaun.
Siapa tak nak kan?
Semua orang nak, tak kira lah anda seorang usahawan ataupun tidak. Kalau usahawan lagi lah kita nak benda-benda yang boleh bantu kita dapatkan pendapatan secara pasif kan.
Dalam platform bursa saham ni anda boleh bina sumber pendapatan pasif anda kalau anda lakukannya dengan ilmu dan cara yang betul.
Apa yang saya maksudkan adalah cara melabur di dalam bursa saham dengan cara menjadi investor.
Memang saya akui jadi investor dalam saham ni agak lambat sedikit dapat untung dari jadi trader dalam saham.
Tapi anda kena tahu, bila jadi trader anda kena fokus untuk memantau graf dan carta saham naik turun bagi menentukan masa yang sesuai untuk membeli dan menjual saham anda.
Kalau dah kena tengok graf sepanjang hari, apa akan jadi pada aktiviti perniagaan yang sedang anda buat?
Tak kan nak tinggal macam tu je kan?
Itulah saya katakan untuk usahawan, cara melabur yang sesuai dilakukan tanpa mengganggu aktiviti perniagaan yang anda sedang lakukan adalah dengan menjadi investor dalam saham.
Bermakna anda main saham long term game plan (trader dipanggil short term game plan). Memang agak lambat sedikit berbanding dengan trader tapi ianya berbaloi sebab anda boleh jadikan pelaburan saham yang anda buat ni sebagai salah satu sumber pendapatan pasif anda.
Melabur pada syarikat yang betul akan menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan anda tak perlu risau lagi tentang graf turun naik sebab anda tahu syarikat yang anda melabur tadi akan buat yang terbaik untuk menjaga hak pelabur-pelabur mereka.
Retirement Plan


Pelaburan saham juga boleh dijadikan sebagai satu retirement plan untuk anda bersara. Kita semuasedia maklum orang yang buat bisnes atau uasahawan tak ada pencen macam orang yang bekerja di sektor kerajaan.
Malah kalau bekerja di sektor swasta sekalipun, bukan semua syarikat yang menawarkan pencen kepada pekerja mereka.
Apa lagi usahawan yang kecil macam kita ni kan? Kalau bisnes kita tak berjalan (pencen) maka tak adalah duit yang masuk ke akaun kita.
Jadi apa alternatif yang kita boleh gunakan untuk menggantikan pencen ni?
Anda boleh jadikan pelaburan dalam bursa saham ini sebagai satu ‘retirement plan‘ anda. Itupun jika anda melabur dengan betul.
Apa yang saya maksudkan adalah anda menjadi seorang pelabur yang bijak dalam bursa saham.
Anda jadi seorang investor untuk dapatkan pulangan yang tetap untuk dijadikan pendapatan apabila anda bersara daripada bisnes anda.
Anda jadikan bisnes anda sekarang untuk kumpul modal yang cukup untuk melabur dalam bursa saham. Tapi pastikan yang anda melabur dengan ilmu dan teknik yang betul.
Barulah pelaburan anda tadi tak jadi peleburan.
Kesimpulan
Sebagai seoarang usahawan memang kita tak boleh berhenti dari menjalankan perniagaan kita. Tapi pernahkah anda tertanya-tanya “sampai bila nak berniaga?“.
Anda kena terima hakikat yang kita ni sebagai manusia ada hadnya. Mungkin masa muda kita boleh buat macam-macam kerja dan buka bisnes baru untuk tambahkan pendapatan kita.
Tapi kita kena terima realiti yang kudrat kita semakin lama semakin berkurangan. Usia kita semakin lama semakin meningkat. Seiring dengan itu, tenaga kita pun akan berkurangan.
Tak kan lah kita nak kerja sampai mati kan?
Mesti ada terdetik di hati kita untuk berehat dari kerja pada usia senja kita. Lebih baik kita tambah lagi amalan-amalan kita pada usia senja ni sebagai persiapan kita untuk menghadap yang maha esa.
Lebih baik kita bersiap sedia dari sekarang dengan menyediakan datu platform yang dapat menjamin pendapatan kita di hari tua nanti.
Lagipun kita boleh wariskan saham kita kepada anak-anak atau keluarga kita apabila kita tiada nanti.
Itulah sebabnya saya sarankan anda belajar ilmu yang betul tentang pelaburan dalam bursa saham ni.
Ianya untuk kita jadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan yang stabil untuk kita.
Jika anda nak belajar ilmu bursa saham yang betul, saya memang ‘highly suggest’ untuk anda belajar ilmu saham melalui Panduan Rookie Saham Gakuen.
Saya harap artikel kali ini bermanfaat untuk anda terutamanya buat usahawan-usahawan di luar sana.
Saya juga serang usahawan, saya tahu bagaimana susahnya anda nak dapatkan pendapatan yang konsisten melalui perniagaan kita.
Ada kalanya kita dapat banyak pendapatan daripada bisnes kita, ada waktunya kita tak ada pendapatan langsung daripada bisnes yang kita jalankan.
Jadi pelaburan saham boleh kita jadikan sebagai ‘backup‘ sekiranya kita mengahdapi masalah dalam perniagaan kita.
Sebelum saya akhiri artikel saya pada kali ini, saya nak berkongsi dengan anda 7 video PERCUMA tentang Case Study 7 Kesilapan Saham Rugi.
Anggaplah ianya sebagai satu hadiah saya kepada anda untuk anda mula belajar tentang pelaburan di bursa saham ni.
Video Case Study 7 Kesilapan Saham Rugi


Anda hanya perlu isikan maklumat di bawah ini untuk tonton video ini secara PERCUMA.
Ini preview apa yang akan anda dapat selepas anda isi maklumat anda di atas


Kepada yang dah isi saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya harap artikel perkongsian saya pada kali ini dan juga 7 video yang saya kongsikan di atas bermanfaat kepada anda.
Kalau perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda, saya nak minta tolong anda sebarkan artikel ini kepada orang lain dan kenalan anda agar mereka juga akan dapat manfaat yang sama macam anda.
Benda baik eloklah disebarkan agar manfaatnya boleh dinikmati oleh ramai lagi orang.
Kalau anda ada sebarang pendapat atau pandangan tentang topik yang kita bicarakan dalam artikel ini, boleh tinggalkan komen anda di bawah.
Mana tahu perkongsian anda dalam bahagian komen ni boleh beri manfaat juga kepada orang lain. Jom kita sama-sama beri manfaat kepada orang lain.
Sekian dahulu artikel dan perkongsian saya kali ini. Kita jumpa lagi dalam artikel yang akan datang!