BisnesUmum

4 Kesan Hutang Yang Boleh Mempengaruhi Anda. Kesan Ketiga Banyak Terjadi!

Saksikan ulasan saya mengenai bahaya dan kesan hutang kepada diri anda dalam YouTube video di bawah

Jangan lupa juga untuk subscribe Channel YouTube Bicara Usahawan di SINI.

Tujuan saya menulis artikel tentang hutang ini bukanlah untuk highlight kesan hutang yang buruk. Saya akui hutang kalau diurus dengan baik akan memberikan kesan yang positif kepada kita.

Tapi hakikatnya lebih ramai orang yang mengabaikan tentang pengurusan hutang berbanding dengan yang menguruskannya dengan baik dan betul.

Ramai yang pandai berhutang tapi tak pandai nak bayar hutang.

Dalam artikel ini saya akan ulas 4 kesan hutang yang anda akan alami sekiranya anda tak uruskannya dengan betul. Ianya berdasarkan pengalaman yang telah saya sendiri lalui sepanjang saya berbisnes secara online dan offline.

Tapi sebelum saya mulakan, kepada anda yang masih belum membaca artikel saya yang lepas tentang skill yang usahawan patut kuasai, anda boleh baca artikel tersebut di SINI.

Apa Itu Hutang?

maksud-hutang

Ada banyak takrifan tentang hutang ni. Kalau anda buka kitab accounting ada takrifan mereka sendiri. Kalau buka kitab lain lain pulak takrifannya.

Bagi saya, hutang ini adalah perjanjian antara 2 pihak (antara peminjam dan orang yang bagi hutang). Ianya adalah perjanjian di mana si peminjam ini berjanji untuk membayar balik hutang yang telah dibuat kepada pemiutang (orang yang beri hutang).

Biasanya perjanjian dalam bentuk pembayaran one-off jumlah yang dipinjam ataupun secara ansuran dalam tempoh tertentu yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Point saya di sini adalah, kalau dah janji nak bayar balik masa pinjam dulu, kenapa pulak bila dah dapat nak elak bayar hutang?

Bukankah itu dah dikira sebagai mungkir janji?

Memang betul ada setengah situasi menyebabkan anda tak mampu atau tak boleh nak bayar hutang. Tapi masalahnya banyak yang tak alami apa-apa masalah, tapi masih liat nak bayar hutang.

Apa ke jadahnya perangai macam ni?

Tak ingatkah anda (yang berhutang) kepada jasa mereka yang sudah memberikan pinjaman kepada anda untuk anda selesaikan masalah yang anda sedang hadapi pada waktu anda susah?

Bila dah senang anda ambil mudah dan buat tak tahu je dengan mereka.

Tak kira lah anda berhutang dengan individu, bank, kerajaan atau PTPTN. Dah namanya berhutang, anda perlu juga jelaskan. Kalau tak mampu pun, kenapa tak cuba selesaikan sikit-sikit? Kenapa nak tunggu sampai dah terlalu banyak hutang baru kelam kabut nak bayar?

Bukan saya nak backup PTPTN atau sesiapa pun. Apa yang buat saya pelik adalah kenapa susah sangat la orang nak bayar hutang yang mereka dah buat.

Kadang tu tengok keadaan, nak kata susah tak susah pun. Dekat media sosial bukan main gah tayang kekayaan, cuti sana-sini sampai ke luar negara, sedekah sana sini tapi hutang tak nak bayar.

Lain lah kalau keadaan tu susah, tak mampu. Yang tu kita boleh fikirlah logik memang mereka tak mampu nak bayar.

Tapi yang hidup senang lenang tayang kekayaan, tapi hutang punya la liat nak bayar.

Alamak, maaflah kalau saya dah tertulis panjang sangat intro dalam arikel kali ni.

Bukan apa, saya memang marah dan geram dengan segelintir orang kita yang pandai nak pinjam hutang tapi bila sampai masa nak bayar punya lah liat. macam-macam alasan dah helah yang digunakan untuk tak bayar hutang mereka.

Orang yang macam ni bagi saya memang jenis orang yang tak boleh nak dipercayai. Mereka hanya pandai tabur janji manis pada masa nak pinjam daripada kita tapi hilang bila sampai masa nak bayar hutang.

Bab pasal jenis-jenis orang berhutang ni saya akan kupas dalam artikel yang lain.

Jom kita berbalik kepada topik asal kita. Maaflah kalau saya sedikit emosi bila bercakap mengenai isu hutang ni.

4 Kesan Hutang Yang Buruk Jika Anda Tidak Uruskan Hutang Dengan Betul

  1. Hilang Kawan
  2. Bebanan Tanggungan Yang Tidak Perlu
  3. Banyak Menipu dan Beralasan
  4. Sentiasa Dalam Ketakutan dan Kegusaran

Itu adalah 4 kesan hutang kepada anda jika ianya tidak diuruskan dengan betul.


Hilang Kawan

kesan-hutang-hilang-kawan

Ini adalah antara kesan hutang jika kita berikan hutang atau berhutang dengan kawan kita sendiri. Perkara ini pernah terjadi ke atas diri saya sendiri di mana saya berikan kawan saya meminjam sejumlah wang.

Semasa nak pinjam tu bermacam-macam cerita sedih yang dikeluarkan untuk menagih simpati. Tak cukup dengan itu, dia juga menaburkan janji-janji palsu yang kononnya dia akan membayar hutangnya pada bulan hadapan.

Apa yang terjadi ialah bila sampai waktu yang dijanjikan tu, dia beri alasan tak boleh nak bayar lagi.

Waktu tu saya masih lagi berfikiran positif yang mungkin dia mengalami masalah kewangan. Jadi saya pun setuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran hutangnya.

Tapi apa yang terjadi, dari sebulan jadi 2 bulan. Kemudian semakin lama dan semakin lama. Alasan yang diberikan sama sahaja. tak cukup-cukup duit untuk bayar hutang.

Dipendekkan cerita, setelah setahun lebih saya follow up hutang yang dia dah janji nak bayar tu sampai ke sudah dengan alasan yang sama. Dan akhir sekali langsung dah tak dapat dihubungi.

Sampai sekarang saya masih lagi lost contact dengan dia. Panggilan, mesej, wasap saya langsung tak dijawab.

Betullah kawan saya pernah beri nasihat dahulu.

“Kalau kau tak nak hilang kawan, jangan bagi dia pinjam duit. Kalau nak bagi pinjam pun jumlah yang kau boleh halalkan” – Rosaidi

Selepas kejadian dengan kawan saya tu, baru saya faham maksud nasihat kawan saya ni. Tapi apakan daya semuanya dah terjadi. Nak buat macam mana kan.


Bebanan Tanggungan Yang Tidak Perlu

kesan-hutang-bebanan-lebih

Hutang juga kalau di luar kawalan dan berlebihan boleh menjadi bebanan tanggungan yang anda tak perlukan. Ini lebih teruk lagi jika anda berhutang lebih daripada kemampuan anda.

Disebabkan nak hidup bermewah-mewah ramai orang sekarang yang berhutang lebih daripada apa yang mereka mampu bayar.

Tambahan lagi dengan adanya kad kredit, lagi ramai orang yang berhutang. Sebab apa?

Sebab konsep kad kredit itu sendiri adalah hutang dahulu dan bayar kemudian kepada bank. Maksudnya anda sedang berhutang dengan bank atas setiap pembelian melalui kad kredit.

Ramai yang terjerat dengan kad kredit ni sampaikan ada yang jatuh muflis disebabkan oleh bebanan hutang yang mereka tak mampu bayar.

Nak nampak kaya di depan orang ramai tapi akhirnya jadi kayap dan muflis.

Jadi penting untuk anda pastikan yang hutang yang perlu anda bayar tidak melebihi daripada pendapatan anda. Jika tidak buruk padahnya kepada anda.


Banyak Menipu Dan Beralasan

kesan-hutang-jadi-penipu

Ini antara apa yang berlaku kepada mereka yang suka sangat berhutang dengan orang lain. Dengan kata lain mereka yang liat nak bayar hutang.

Mereka ini cenderung untuk menipu dan memberika banyak alasan kepada orang yang memberi hutang kepada mereka. Niat mereka nak lari dan tak mahu bayar hutang mereka.

Ini banyak terjadi sekarang. Cuba tengok di media sosial anda.

Berapa ramai orang yang tayang kekayaan dan kejayaan seolah-olah mereka ni berjaya dan mempunyai banyak wang dalam akaun mereka?

Tapi tahukah anda yang mereka ni sebenarnya indah khabar dari rupa. Bukan semua tapi kebanyakannya.

Kenapa saya katakan begitu? Kerana ianya berlaku sendiri pada saya.

Ada seorang salah seorang rakan saya yang saya kenal sudah hampir 4 tahun. Dari luaran memang orang akan nampak dia seperti orang-orang yang baik, berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Itulah yang menarik minat orang lain untuk mendekatinya dan berkawan dengan dia.

Tapi hakikatnya setelah berkawan lebih 4 tahun, baru kami tahu perangai sebenar kawan tersebut. Dia ni seorang yang cakap tak serupa bikin. Janji tak pernah ditepati. Janji lain deliver lain.

Dan yang paling buruk sekali perangai dia adalah selalu menipu tak ada duit nak bayar hutang dan berikan bermacam-macam alasan untuk elak bayar hutang.

Tapi posting dalam media sosial bukan main gah lagi menunjukkan kejayaan dan kekayaan. Tapi bab bayar hutang ke laut!


Sentiasa Dalam Ketakutan Dan Kegusaran

kesan-hutang-dalam-ketakutan

Orang yang liat nak bayar berhutang ni selalunya sentiasa dalam keadaan ketakutan dan kegusaran.

Sebab apa? Sebabnya dia sentiasa risau dan bimbang orang yang beri mereka pinjam duit akan datang meminta hutang daripada mereka.

Dalam kepala mereka sentiasa memikirkan bagaimana nak beri alsan dan sebab untuk tak bayar hutang. Sampaikan satu tahap di mana mereka sanggup memutuskan persahabatan kerana tak nak bayar hutang.

Mereka ni sangat risau kalau duit mereka berkurangan kalau bayar hutang. Bagi mereka biar duit banyak, tapi jangan berkurang sebab bayar hutang.

Kalau kita lihat, orang yang tak nak bayar hutang ni sebenarnya bukanlah orang yang susah atau mereka yang terpaksa ikat perut sebab tak cukup duit nak makan.

Tapi mereka ni adalah orang yang sentiasa menunjukkan kemewahan mereka di media sosial.

Tak salah nak bermewah tu, tapi kalau bermewah tapi hutang liat nak bayar baik tak payah nak tunjukkan kemewahan sebab ia akan timbulkan fitnah terhadap diri anda.

Ini adalah antara kesan hutang terhadap orang-orang yang suka sangat berhutang tapi sangat liat untuk bayar hutang.

Kesan hutang yang kedua yang banyak membuatka orang sekarang dan usahawan sekarang jatuh bankrupt. Ini adalah akibat daripada mereka bebanan hutang yang tak dapat mereka tanggung.

Itulah sebabnya saya selalu nasihatkan sahabat-sahabat saya dan mereka yang berniaga supaya kalau boleh elakkan hutang, sila lah elakkan daripada berhutang.

Biarlah kita bermula dengan kecil-kecilan dan sedikit tapi semakin hari semakin berkembang daripada bermula dengan banyak tapi semakin hari semakin menguncup dan seterusnya hilang begitu sahaja.


Kesimpulan

Nak berhutang tu boleh, tapi janganlah sampai ianya memberi kesan kepada anda. Janganlah kesan hutang ini mengubah diri anda yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang baik menjadi seorang yang dilabel sebagai penipu, kedekut dan berperangai buruk sebab nak lari dari bayar hutang.

Ketahuilah bahawa jika anda berniat nak lari dari bayar hutang anda, sebenarnya anda telah mungkir janji kepada mereka yang telah bersusah payah memberi bantuan kewangan kepada anda untuk anda selesaikan masalah anda.

Tidakkah anda terfikir kesusahan yang mereka alami apabila mereka memberi pinjam duit mereka kepada anda kerana percaya dengan janji-janji anda untuk membayar semula apabila tiba masanya?

Jangan asyik fikirkan anda nak selesaikan masalah anda tapi anda tak sedar yang anda dah bagi masalah kepada orang lain.

Berhutang tak salah, tapi tak urus hutang anda sampai menyusahkan orang lain dan lari daripada bayar hutang itu salah.

Jika anda rasakan artikel saya kali ini bermanfaat jangan lupa share artikel ini agar lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang!

Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
0
In Love
0
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

More in:Bisnes

0 %
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?
%d bloggers like this: