Artikel kali ini adalah kesinambungan daripada artikel lepas mengenai kesan hutang terhadap diri kita. Kali ini saya nak membincangkan mengenai 4 jenis dan penrangi buruk orang berhutang yang wujud dalam masayarakat kita.
Kalau anda belumbaca lagi artikel tu, anda boleh bacanya di sini. Anda boleh tinggalkan komen dan pandangan atau pengalaman anda tentang kupasan saya mengenai topik kesan hutang ini pada artikel tersebut.
Baiklah, sebelum saya mula jangan lupa untuk like FB Page Bicara Usahawan dan juga subscribe serta on notification Channel YouTube Bicara Usahawan!
Dalam artikel kali ini saya akan pecahkan dan kupas topik ini dalam 2 topik yang besar, Jenis Orang Berhutang dan Perangai Buruk Orang Berhutang.
Kandungan Artikel
Jenis Orang Berhutang
Ada beberapa jenis orang berhutang yang perlu anda tahu. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mana ianya memberi pengajaran dan impak kepada kita.
1. Jenis Tepati Janji


Orang yang jenis ini adalah orang yang bagus kerana mereka akan tepati janji mereka untuk membayar hutang yang mereka buat. Walaubagaimanapun, golongan macam ni sebenarnya makin pupus.
Sebab apa?
Sebab kita makin susah untuk cari orang yang sebegini. Yang paling banyak adalah orang yang tergolong dalam golongan seterusnya yang akan saya bincangkan sebentar lagi.
Kalau anda jumpa orang yang jenis menepati janji begini, hargailah mereka kerana mereka ini adalah jenis yang anda boleh percaya dan buat kawan baik.
Orang begini biasanya akan meminta hutang kepada anda apabila mereka susah dan perlukan bantuan.
Jika anda tolong mereka, mereka tak akan lupakan jasa anda dan biasanya mereka akan bayar balik hutang mereka ikut apayang mereka dah janji kepada anda.
Kalau lambat nak bayar pun, biasanya mereka akan usahakan juga untuk bayar walaupun sikit-sikit atau seacara ansuran.
2. Jenis Tak Tepati Janji


Golongan kedua ni adalah antara spesis yang paling banyak sekarang. Mereka hanya tahu pinjam dan bila sampai masa untuk bayar mereka biasanya akan beri seribu satu alasan untuk elak dari bayar hutang anda.
Mereka ni adalah jenis yang lidah bercabang sebab mereka akan sentiasa ada alasan untuk tak nak bayar hutang anda.
Biasanya alasan yang paling popular adalah tak ada duit. Biarlah anda tanya setahun lepas dia pinjam duit anda pun, alasan dia tak nak bayar adalah disebabkan tak ada duit.
Padahal elok je mereka ni pergi bercuti, hidup mewah beli barang-barang branded. Lepas tu tayang di media sosial perangai buruk mereka tu.
Tapi bila minta bayar hutang, punyalah liat. Ada yang berkali-kali minta akhirnya dia bayar.
Ada yang lagi teruk, sampai ke sudah tak nak bayar hutang mereka. Alasan tak ada duit!
Ikut pengalaman saya, mereka ni ada yang sampai sanggup putus kawan sebab tak nak bayar hutang anda dan rasa semak sebab anda asyik follow up hutang dengan mereka.
Masa nak pinjam berbagai-bagai janji manis ditaburkan untuk meraih kepercayaan anda supaya bagi hutang kepada mereka.
Bak kata pepatah “bagai kacang lupakan kulit“. Sebab apa, mereka cepat lupa kepada jasa kawan yang dah bersusah payah nak tolong mereka dengan beri duit simpanan untuk tolong golongan ini.
Sampaikan ada yang sanggup berhutang dengan isteri, saudara mara dan kawan yang lain untuk tolong mereka ni.
Tapi jenis golongan ini, bila dah dapat mereka akan beri 1001 alasan untuk tak nak bayar hutang kawan mereka. Sampaikan ada yang sanggup putus kawan sebab tak nak bayar hutang mereka.
Ada yang saya dengar dari sahabat saya sendiri, kawan yang berhutang kepada beliau sanggup mengeluarkan kata-kata “Dah mati esok baru aku bayar hutang kau. Aku dah simpan duit untuk hutang kau, bila aku mati nanti waris aku akan bayar“.
Dah kenapa pulak cakap macam tu? Nak tunggu mati dulu ke baru nak bayar? Siap boleh simpan dulu duit hutang kawan tu. Kalau dah boleh simpan kenapa lah tak bayar duit kawan tu.
3. Hidup Atas Hutang


Jangan terkejut bila saya katakan ada golongan yang bergantung hidup dengan hutang. Survival hidup mereka adalah dengan berhutang dengan orang lain.
Mereka ini jenis yang lebih kurang sama macam golongan kedua, tapi mereka ni lagi teruk kerana mereka bukan sahaja berhutang dengan seorang, tapi mereka berhutang dengan ramai orang!
Mereka menggunakan hutang yang mereka pinjam tu untuk kehidupan seharian. Tapi bila sampai masa untuk bayar biasanya mereka akan berikan 1001 alasan untuk tak nak bayar hutang anda.
Bila terlalu ditekan dan didesak untuk bayar hutang, mereka akan menghilangkan dan melarikan diri.
Jenis ini lagi teruk sebab tak ada khabar berita tiba-tiba hilang! Lesap dan terus lost contact dengan anda. Orang berhutang jenis ini biasanya kalau bayar hutang pun guna hutang dari orang lain.
Orang berhutang jenis ini dangat pandai dalam menabur janji-janji manis dan bermain dengan emosi anda supaya anda beri hutang kepada mereka.
Saya sendiri ada pengalaman berdepan dengan orang sebegini.
Sebelum meminjam, mereka ni berlagak acah-acah nak jadi best friend anda. Sampai satu tahap anda rasa anoyying bila setiap pagi datang rumah ajak pergi sarapan. Ini betul-betul terjadi dekat saya sendiri.
Kalau nak pergi ke mana-mana, siap offer naik kereta dia. Wasap jangan cerita la, terlebih caring sebab nak tunjukkan yang dia tu kawan baik anda.
Sampai masanya, mereka akan cuba pinjam duit anda. Biasanya mereka cuba pinjam sikit dahulu untuk test sama ada anda boleh bagi pinjam atau tidak duit kepada mereka.
Mereka ni akan cuba beri alasan yang anda rasa munasabah untuk anda beri hutang kepada mereka. Tapi semakin lama jumlah yang mereka pinjam akan semakin bertambah dan semakin besar.
Bila anda minta hutang bermula lah episod alasan demi alasan yang mereka akan berikan kepada anda. Sampaikan satu tahap tiba-tiba “best friend” yang caring dengan anda ini tadi hilang dan lesap begitu sahaja tanpa sebarang berita.
4. Suka Berhutang Tapi Guna Orang Lain


Golongan ini lagi tak boleh pakai. Mereka ni suka berhutang dan buat hutang dengan orang lain tapi menggunakan nama orang lain untuk buat hutang tu.
Yang ni paling licik dan penuh dengan tipu helah. Biasanya mereka akan ajak anda untuk sertai mereka (mungkin circle atau rakan niaga). Lepas tu dengan alasan anda berada dalam pasukan atau team dia, dia boleh gunakan nama anda untuk buat hutang.
Benda ini juga pernah terjadi kepada saya. Dengan alasan sebagai salah seorang dalam pasukan atau team dia, dia gunakan nama kita sebagai nama untuk mereka buat hutang.
Biasanya hutang yang mereka buat ni lebih kepada hutang yang melibatkan kemudahan yang perlu dibayar setiap bulan. Saya pernah terkena dengan golongan seperti ini sampai terpaksa berhutang dengan TM Unifi dan Cuckoo.
Yang lebih buruk lagi adalah janji mereka semasa nak bayar semua bayaran bulanan tu bila mereka nak minta guna nama anda untuk langgan kemudahan tadi.
Awal-awal ok lah dia bayar. Tapi lepas beberapa bulan dah liat nak bayar dan menjadi hutang yang terpaksa anda tanggung setiap bulan.
Jumlahnya akan semakin bertambah dan sampai satu tahap nama anda kena blacklist dan anda akan terima ugutan untuk dihadapkan ke mahkamah jika tidak membayar bulanan yang tertangguh.
Akhirnya anda sendiri yang terpaksa lunaskan hutang-hutang yang mereka dah buat tu.
Perwatakan mereka biasanya nampak alim dan boleh dipercayai. Nampak alim, siap buat sekolah tahfiz lagi. Tapi semua tu adalah untuk menutup sikap buruk mereka yang suka menggunakan nama orang lain untuk berhutang.
Kalau anda lihat dari luaran memang nampak baik, alim. Tapi dalaman penuh dengan tipu muslihat.
Itu adalah sedikit pengalaman saya berdepan dengan golongan keempat ni.
Mereka ni yang paling anda perlu berhati-hati sebab mereka ni licik bermain dengan logik akal dan emosi anda untuk kesenangan mereka.
Itu adalah 4 jenis orang berhutang yang perlu anda tahu dan berhati-hati bila jumpa mereka.
Kadang-kadang mereka ni tunjuk baik di depan anda sebab nak dapatkan kepercayaan anda supaya anda percaya untuk bagi hutang kepada mereka. Malah ada yang siap buat sekolah tahfiz sebab nak tunjuk yang mereka ni memang baik.
Jom kita kupa pulak topik kedua dalam artikel kali ini.
Perangai Buruk Orang Berhutang
Bukan semua orang yang berhutang ada perangai buruk ini. Tapi kebanyakan orang berhutang ada perangai ni.
Tujuan saya kupas topik ini adalah sebagai pengajaran kepada kita dan sebagai indicator supaya kita dapat kesan awal-awal mereka yang ada niat untuk tak bayar hutang.
1. Buat Baik Sebab Nak Berhutang


Mereka ni antara yang paling banyak terdapat dalam masyarakat sekarang. Perwatakan dan tindakan baik yang mereka tunjukkan adalah untuk meraih kepercayaan anda sahaja.
Niat mereka hanya satu. Supaya anda boleh percaya kepada mereka untuk anda bagi pinjam duit kepada mereka. Bila mereka sudah dapat apa yang mereka nak, biasanya mereka akan tinggalkan anda begitu sahaja.
Lebih teruk lagi mereka lupa jasa anda tolong mereka bila mereka susah. Kesusahan anda korek duit simpanan, malu bila terpaksa pinjam duit dekat isteri, adik beradik dan saudara mara semata-mata nak bagi pinjam duit kepada mereka dilupakan begitu sahaja.
Bila mereka dapat apa yang mereka mahu (duit anda lah) mereka akan biarkan anda merana dan terkontang kanting.
Sehinggakan bila anda perlukan duit anda kembali, mereka dengan rasa tak bersalah berikan 1001 alasan untuk tak bayar hutang mereka. Walaupun anda kata terdesak nak guna duit sekali pun, mereka tak akan peduli.
Alasan mereka sama sahaja. Duit tak ada nak bayar hutang. Tapi dalam media sosial tunjuk kemewahan dan bermegah-megah dengan barang-barang mahal malah siap boleh bercuti bersama keluarga lagi.
Tapi bila bab bayar hutang liat! Siap kata putus kawan lagi.
2. Beban Hutang Sendiri Dekat Orang Lain


Ini adalah sikap yang saya boleh katakan paling celaka sekali. Wujud orang berhutang yang ada perangai macam ni. Disebabkan mereka tak nak nama mereka terjejas disebabkan hutang, mereka sanggup gunakan nama orang lain untuk hutang yang mereka buat.
Mereka ni adalah orang yang tak bertanggung jawab dan hanya pentingkan diri mereka sendiri. Mereka nak nama mereka clear dari hutang tapi tak kisah dekat orang lain yang terpaksa menanggung bebanan hutang mereka.
Yang lagi parah bila mereka rasa apa yang mereka buat tu “betul“. Tak ada rasa bersalah langsung dengan apa yang dia dah lakukan pada orang yang namanya digunakan untuk menanggung bebanan hutang mereka.
Mereka tak kisah asalkan mereka boleh menikmati hasil daripada hutang yang mereka buat sebab ianya bukan dibuat dengan nama mereka sendiri. Mereka buat hutang, orang lain yang terpaksa tanggung bebannya.
3. Menipu Dan Banyak Alasan


Kebanyakan orang berhutang yang ada sikap buruk biasanya cenderung untuk menipu dan beri banyak alasan.
Mereka ni sanggup menipu dan beri banyak alasan bila hutang mereka dituntut. Bagi mereka hutang tak perlu dibayar sebab tak beri faedah kepada mereka. Mereka ni sanggup kata tak ada duit malah ada yang sampai berlakon susah sebab tak nak bayar hutang.
Yang jenis tak sedar diri memang banyak. Dok tayang kemewahan, kejayaan, bercuti bersama keluarga dan beli barangan berjenama dan mahal di media sosial. Bila kawan minta hutang, punya lah liat nak membayar.
Dah kalau tak nak bayar hutang tu, jangan lah suka menunjuk-nunjuk dalam media sosial. Yang ini lah yang boleh dikatakan perangai macam sial.
4. Lari Atau Putus Kawan Bila Minta Hutang


Yang ini adalah dalam golongan pengecut dan dayus. Sebab apa mereka ni tak tahan bila kena desak atau tekan untuk dibayar hutang mereka.
Mereka akan ambil keputusan untuk melarikan diri tanpa dikesan dan putus kawan sebab tak nak bayar hutang mereka.
Pada mereka tindakan bacul mereka ini adalah betul sebab mereka sangat takutkan duit dalam akaun bank mereka berkurang kerana bayar hutang mereka.
Bagi mereka ni, biarlah tak bayar hutang sebab tak bagi manfaat kepada mereka sebab akan menyebabkan duit dalam akaun bank berkurangan. Duit dalam bank banyak tak apa asalkan jangan berkurang sebab bayar hutang.
Kesimpulan
Boleh berhutang kalau anda tak menyusahkan orang lain. Tapi kalau anda nak berhutang tapi menyusahkan orang lain, baik tak payah berhutang.
Hutang ni baik kalau digunakan pada tempat yang betul dan diurus dengan baik. Ianya jadi buruk jika anda tak urus dengan baik dan meyusahkan orang lain.
Sedarlah orang yang selalu liat dan lari dari bayar hutang. Anda ni tak takut mati ke? Tak takut ke dekat akhirat nanti anda terpaksa merangkak mencari orang yang anda tak bayar hutang mereka kerana anda menafikan hak mereka?
Tak takut ke anda buat ibadah haji nanti tak sah sebab anda mampu bayar hutang tapi anda tak bayar hutang?
Apa gunanya sekolah tahfiz yang dibina jika anda liat ataupun lari dari bayar hutang. Tak guna juga buat sekolah tahfiz tapi kerja asyik aniaya orang dengan hutang anda sendiri?
Takkan lah dah mati nak meyusahkan waris anda untuk bayar hutang yang anda buat? Dah lah hidup buat naya dekat orang, dah mati menyusahkan waris nak selesaikan hutang anda.
Kenapa tak selesaikan ketika masih bernyawa? Bukankah itu lebih baik?
Ingatlah, mati itu pasti dan setiap hak perlu dikembalikan kepada empunya hak tersebut.
Baiklah sampai di sini sahaja kupasan saya mengenai isu hutang ini. Jika anda ada sebarang cadangan atau pengalaman tentang hutang untuk dikongsi, anda boleh tinggalkan komen di ruangan komen artikel ini.
Jika anda suka content dan penulisan saya dan anda rasa ianya bermanfaat, sila kongsikan artikel ini agar ianya memberi manfaat kepada orang lain juga.
Akhir kata, hutang wajib dibayar bukannya dielak atau tak dibayar.
Jumpa lagi dalam artikel lain. 😎