Bisnes

3 Cara Bisnes Online Tanpa Modal

Jom tengok kupasan mengenai topik bisnes online tanpa modal ini dalam bentuk video!

Jangan lupa subscribe YouTube Channel Bicara Usahawan sekali tau!

Bila sebut je bisnes memang kita tak boleh lari tentang soal modal. Saya yakin ramai yang nak tahu bisnes jenis macam mana yang boleh dimulakan tanpa modal.

Memang kalau sebut je pasal isu modal, benda ni sudah jadi satu topik yang hangat diperkatakan oleh ramai orang yang baru nak bermula dalam bidang usahawan.

Tapi anda kena ingat, yang modal bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tapi masa, tenaga dan juga usaha boleh juga dikategorikan sebagai modal yang anda gunakan dalam perniagaan anda.

Kalau macam tu tak adalah bisnes online atau offline yang boleh dibuat dengan tanpa modal?

Sabar… Sabar… Modal yang saya maksudkan dalam artikel kali ini adalah modal yang meilbatkan kewangan.

Memang betul isu duit ni bukan benda yang main-main sebab kalau salah kita belanjakan duit tersebut, kesannya adalah sangat buruk.

Tambah lagi kalau ia melibatkan duit simpanan yang kita ada. Kalau itu lah satu-satunya duit simpanan yang anda ada dan anda gunakannya untuk buat bisnes, sudah pasti anda nak pulangan daripada pelaburan yang telah anda buat tu.

Tapi anda perlu berpegang kepada dunia nyata. Tak semua bisnes yang dibuat boleh berjaya. Ada yang baru buat tapi dah melingkup.

Bukannya saya nak takutkan anda supaya tak buat bisnes, tapi saya nak anda tahu bila buat bisnes anda akan berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Jika anda buat bisnes tanpa ilmu yang cukup, walaupun anda buat bisnes tanpa modal sekalipun, agak susah untuk anda berjaya sebenarnya.

Itulah sebabnya kalau ada sesiapa yang datang kepada saya minta nasihat untuk buat bisnes sedangkan mereka tiada pengalaman dalam bisnes sebelum ini, saya akan tanya apa yang dia faham tentang bisnes ni.

Kalau dia jawab, buat bisnes sebab tengok orang lain buat bisnes banyak duit, saya kaan suruh dia balik dan jangan buat bisnes.

Sebab apa? Sebabnya kalau tujuan anda buat bisnes untuk duit semata-mata, anda tak akan boleh pergi jauh.

Memang betul semua orang nak buat bisnes sebab duit. Tipulah kalau ada yang cakap dia buat bisnes sebab tak nak duit. Itulah asas bisnes dan benda yang menghidupkan bisnes.

Tapi duit bukanlah faktor yang menggerakkan bisnes semata-mata. Ada banyak lagi faktor lain yang anda kena ada untuk buat bisnes ni antaranya kekuatan mental, kekuatan diri, konsistensi dan survivaliti.

Tanpa semua tu, biarlah anda mula tanpa modal sekalipun susah untuk anda berjaya dalam bisnes. Mungkin anda boleh bertahan selama beberapa bulan atau tahun, tapi akhirnya anda akan berhenti sebab anda penat untuk menghadapi semua cabaran dan rintagan yang ada dalam dunia bisnes ni.

Alamak, nampaknya dah jauh menyimpang dari topik kita 3 cara bisnes online tanpa modal! Maaflah kalau intro saya kali ini panjang sikit daripada artikel-artikel sebelum ni.

Niat saya cuma satu, saya nak anda tahu bisnes ni bukanlah nak start tanpa modal sahaja, anda juga kena bersedia untuk hadap semua cabaran dan rintangan yang ada dalam dunia bisnes ni.

Oh ya sebelum kita mula berbicara tentang topik utama kita 3 cara bisnes online tanpa modal, jangan lupa untuk subscribe Channel YouTube Bicara Usahawan dan like Facebook Page Bicara Usahawan.

Dan jangan lupa untuk sentiasa kunjungi blog Bicara Usahawan sebab asaya akan berkongsi banyak perkara tentang dunia keusahawanan dan kerjaya dalam blog ini.

3 Cara Bisnes Online Tanpa Modal

Ada banyak cara dalam bisnes online yang anda boleh gunakan untuk bermula secara tanpa modal. Tapi dalam artikel ini saya akan letak dalam 3 kategori utama.

Tapi anda perlu ingat, bila bermula tanpa modal tak semestinya anda mula bisnes tanpa modal langsung! Macam yang saya dah kupaskan di atas tadi, anda akan gunakan modal anda yang lain macam tenaga dan masa anda.

Kerana tenaga dan masa juga adalah satu benda yang anda tak boleh dapat balik selepas anda gunakannya. Terutamanya masa, kalau anda tak gunakan masa dengan betul, biarlah anda mula tanpa modal atau dengan modal yang besar sekalipun, kalau tak diurus dengan betul, anda pasti akan gagal.

Boleh baca artikel : Skill Paling Penting Untuk Usahawan

Saya rekomen anda untuk baca artikel tersebut kalau anda belum baca lagi.

Model Bisnes Online Tanpa Modal

Baiklah 3 cara yang saya maksudkan untuk mula bisnes online tanpa modal adalah:

  1. Affiliate
  2. Dropship
  3. Servis

Ya, mungkin anda pernah dengar sebelum ni atau ada yang baru tahu tentang model bisnes yang saya sebutkan di atas tu.

Bagi yang pertama kali dengar, jangan risau saya akan huraikan dengan lebih lanjut lagi tentang model-model bisnes online di atas.

Saya nak pastikan yang anda faham tentang model bisnes tersebut supaya anda boleh pilih yang mana sesuai dengan anda untuk anda mula buat bisnes online tanpa modal.

Model Bisnes Affiliate

bisnes-tanpa-modal-affiliate

Bila sebut sahaja bisnes online tanpa modal, biasanya antara model bisnes yang diperkenalkan kepada anda adalah model bisnes affiliate.

Apa benda bisnes affiliate ni?

Secara ringkasnya, model bisnes affiliate ini adalah aktiviti anda melakukan promosi produk orang lain dengan link khas yang diberikan kepada anda.

Tugas anda adalah untuk mempromosikan link khas tersebut (yang dijana oleh sistem affiliate khas untuk anda) dan kalau ada orang membeli daripada link anda tadi, anda akan diberikan komisyen oleh pemilik produk tersebut.

Untuk join program affiliate ni biasanya percuma sahaja. Dengan kata lain anda boleh join tanpa modal dikeluarkan dari poket anda.

Bagaimana cara pembayaran untuk model bisnes affiliate ni?

Pembayaran komisyen adalah bergantung kepada pemilik produk tersebut. Ada yang bayar komisyen keesokan hari selepas anda buat jualan, ada seminggu sekali, dua kinggu sekali atau sebulan sekali.

Ianya bergantung kepada pemilik bisnes tersebut bila dia nak bayar komisyen yang telah anda buat.

Jadi sebelum join mana-mana program affiliate sila pastikan anda faham dan tahu bila pemilik produk tersebut melakukan pembayaran komisyen kepada ejen affiliate mereka.

Ada kelebihan dan kekurangan dalam model bisnes affiliate ni. Saya akan kupaskan kelebihan dan kekurangan dalam model bisnes affiliate ni.

Kelebihan Model Bisnes Affiliate

  1. Boleh mula tanpa modal. Kebanyakan program affiliate anda boleh join secara percuma.
  2. Kerja senang, hanya promosi link khas yang diberikan kepada anda melalui sistem affiliate.
  3. Anda tak pegang produk dan tak perlu pening kepala nak buat customer service. Semua dilakukan oleh pemilik produk.
  4. Bahan-bahan promosi biasanya disediakan (jika pemilik produk tersebut bagus). Anda hanya perlu gunakan bahan-bahan tersebut untuk kempen promosi anda.
  5. Komisyen akan diberikan berdasarkan jualan yang berlaku pada link promosi anda.
  6. Ada sesetengah pemilik produk menyediakan latihan pemasaran kepada ejen-ejen affiliate yang aktif mempromosikan produk mereka.

Kekurangan Model Bisnes Affiliate

  1. Walaupun model bisnes ini tanpa modal, ada juga pemilik produk yang mengenakan bayaran. Jadi semak betul-betul sebelum anda join.
  2. Pembayaran komisyen adalah bergantung kepada pemilik produk tersebut. Pernah ada kes suatu ketika dahulu, ada pemilik produk yang lari tanpa bayar komisyen kepada ejen. Jadi saya nasihatkan supaya anda buat background check pemilik produk tersebut sebelum anda join program affiliate mereka.
  3. Ada pemilik yang tak sediakan bahan-bahan promosi kepada ejen. Jadi anda kena buat bahan promosi anda sendiri. Nak tahu ada tak disediakan bahan-bahan promosi, anda boleh tanya ejen-ejen yang dah promosikan produk tersebut. Biasanya kalau produk tersebut ramai yang promosi, bahan promosi disediakan oleh pemilik produk.
  4. Komisyen anda akan dapat pada waktu pemilik produk membayar komisyen anda. Sebabnya semua pembayaran produk akan masuk ke akaun pemilik produk dahulu.

Baiklah ini bisnes model affiliate kalau anda nak cuba, anda boleh mula tanpa modal. Ok jom kita tengok model bisnes yang seterusnya.

Model Bisnes Dropship

bisnes-tanpa-modal-dropship

Model bisnes dropship juga adalah salah satu model bisnes tanpa modal yang anda boleh lakukan secara online. Trend bisnes ni sangat popular sekarang dan menjadi pilihan ramai orang yang nak mula bisnes secara online.

Ia sangat popular kerana model bisnes ini selalunya dikaitkan dengan mempromosi dan menjual produk-produk fizikal. Tambahan pula dengan lambakan produk-produk fizikal dalam pasaran terutamanya produk-produk kecatikan yang ada sekarang.

Persaingan antara produk-produk ini sangatlah sengit. Jadi mereka memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk memastikan produk-produk mereka terjual.

Jadi pendekatan yang selamat adalah mereka akan buat adalah dengan merekrut ejen dropship. Kelebihan kepada pemilik produk adalah ejen dropship ini boleh menjadi promoter yang mereka tanpa dibayar gaji.

Mereka hanya perlu pastikan ejen mendapat komisyen dari setiap jualan yang terhasil. Pemilik produk hanya perlu menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan yang membeli melalui ejen dropship.

Lagi ciri yang menjadi pilihan ramai usahawan untuk memilih model bisnes dropship ini selain boleh bermula tanpa modal adalah mereka tak perlu simpan satok produk dan instant komisyen yang mereka dapat melalui setiap jualan produk.

Ya berbeza dengan model bisnes affiliate, bisnes dropship anda akan dapat komisyen terus daripada setiap jualan. Ini disebabkan setiap jualan produk, pelanggan akan membayar harga jualan kepada ejen dropship.

Kemudian ejen dropship hanya perlu membayar harga ejen dropship kepada pemilik produk untuk pemilik produk tersebut menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan.

Jadi secara tak langsung, komisyen yang ejen dropship ini dapat terus masuk ke dalam akaun bank ejen dropship. Itulah sebabnya ramai yang memilih model bisnes dropship ini berbanding dengan affiliate.

Namun, masih ada kelebihan dan kekurangan model bisnes dropship ini. Saya senaraikan di bawah ini untuk rujukan anda.

Kelebihan Model Bisnes Dropship

  1. Boleh bermula dengan tanpa modal.
  2. Anda tak perlu simpan stok dan tak perlu uruskan penghantaran produk kepada pelanggan.
  3. Setiap jualan yang terhasil akan masuk terus ke akaun ejen dropship. Ejen dropship hanya perlu bayar harga ejen kepada pemilik produk untuk produk tersebut sampai kepada pelanggan.
  4. Komisyen instant. Maksudnya terus masuk ke dalam akaun ejen dropship selepas tolak harga untuk bayar kepada pemilik produk untuk produk sampai kepada pelanggan.
  5. Ada pemilik produk yang bagus menyediakan latihan pemasaran kepada ejen dropship mereka untuk memastikan ejen dropship dapat menjual produk mereka. Peluang untuk anda dapat latihan percuma daripada pemilik produk.
  6. Database pembeli dipegang oleh ejen dropship. Bermakna anda boleh follow up pelanggan tersebut untuk pembelian berulang.

Kekurangan Bisnes Dropship

  1. Walaupun dikatakan bisnes tanpa modal, ada sesetengah pemilik produk yang mengenakan bayaran untuk anda sertai program dropship mereka.
  2. Masalah akan timbul jika anda berurusan dengan pemilik produk yang bermasalah. Anda buat jualan dan bayar produk pada harga ejen kepada pemilik produk tetapi produk tak sampai kepada pelanggan.
  3. Lagi bermasalah jika anda berurusan dengan pemilik produk yang melarikan diri selepas pembayaran produk telah anda buat.
  4. Reputasi anda akan jatuh sekiranya pemilik produk buat hal. Ini disebabkan anda yang berurusan secara direct dengan pelanggan bukannya pemilik produk tersebut. Jadi pelanggan akan lebih menyalahkan anda berbanding pemilik produk sekiranya berlaku sebarang masalah.
  5. Pemilik produk yang tidak beretika boleh ‘sailang‘ pelanggan anda dengan menawarkan harga yang lebih murah sekiranya membeli dengan mereka. Anda kena ingat bukan anda sahaja yang menyimpan database pelanggan. Pemilik produk juga ada maklumat tersebut kerana mereka yang menguruskan penghantaran produk.

itu adalah antara kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam model bisnes dropship ni. Bukan tujuan saya menulis kelebihan dan kekurangan ini untuk menakutkan anda. Tapi sebagai peringatan supaya anda berhati-hati.

Baiklah jom kita tengok model bisnes tanpa modal yang seterusnya.

Model Bisnes Servis

bisnes-tanpa-modal-servis

Jika ditanya kepada saya apa model bisnes yang betul-betul anda boleh buat tanpa modal kewangan, saya akan jawab model bisnes servis.

Kenapa? Sebabnya modal utama dalam bisnes servis adalah skill anda.

Memang betul, kalau nak dapat skill yang betul-betul mantap kena a bayar pergi kelas semua tu. Tapi anda kena ingat, zaman sekarang ni anda boleh jugak belajar tanpa modal jugak.

Macam mana? Anda boleh cari dekat Google dan YouTube tentang skill yang anda nak belajar tu. Ada banyak je tutorial dan panduan yang diberikan secara percuma untuk anda belajar.

Persoalannya sekarang, anda nak belajar atau tidak? Kalau anda seorang yang selalu memberikan alasan, maka model bisnes ini bukanlah untuk anda.

Model bisnes ini adalah untuk mereka yang ada kekuatan mental dan fizikal disamping sanggup untuk mengorbankan dan meguruskan masa pada tahap maksimum untuk anda berjaya.

Ilmu dan skill anda perlu ditambah baik dari masa ke semasa. Perlu ada consistent improvement dalam diri anda untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan anda.

Model bisnes ini juga menawarkan keuntungan 100% sekiranya anda pandai mencari pelanggan sendiri tanpa mengharapkan pihak lain.

Jika anda menggunakan orang tengah atau platform untuk dapatkan pelanggan, anda mungkin kena bayar sedikit bayaran perkhidmatan kepada orang tengah atau platform tersebut.

Biasanya caj yang dikenakan oleh platform sekitar 2% – 10% daripada nilai bayaran yang anda kenakan kepada pelanggan. Bergantung kepada platform yang anda join, ada yang mahal ada yang murah.

Harga untuk servis juga bergantung kepada anda. Anda boleh ikut harga pasaran atau anda boleh tawarkan harga yang lebih rendah jika anda baru nak bermula dan dapatkan pelanggan pertama anda.

Servis apa yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan? Bergantung kepada skill yang anda ada sekarang. Boleh jadi servis terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau anda boleh tawarkan suara anda untuk servis voiceover.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan dalam bisnes servis sebagai panduan kepada anda sekiranya anda nak bermula sebagai penyedia servis kepada pelanggan anda.

Kelebihan Model Bisnes Servis

  1. Bisnes tanpa modal yang sebenar kerana modal anda adalah skill yang anda ada sahaja.
  2. Keuntungan boleh mencapai 100% kerana anda hanya menggunakan skill yang anda ada sebagai servis anda.
  3. Semakin tinggi skill atau kemahiran yang anda ada semakin tinggi harga yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda.
  4. Jika anda menjaga kualiti servis yang anda berikan, pelanggan anda akan mendapatkan servis anda berulangkali.
  5. Jika anda memberikan servis yang baik kepada pelanggan anda, mereka akan menjadi referral servis anda kepada kenalan mereka.

Kekurangan Model Bisnes Servis

  1. Sangat susah untuk mendapatkan harga yang kompetetif sekiranya anda baru sahaja bermula.
  2. Akan jadi masalah sekrianya anda mengambil kerja melebihi daripada kemampuan anda. Contoh, kalau anda boleh ambil 3 kerja daripada pelanggan tapi anda ambil 5 kerja daripada pelanggan. Ini sudah melebihi daripada kemampuan anda dan mungkin kerja-kerja tersebut tidak dapat anda selesaikan.
  3. Agak susah untuk mendapat pelanggan baru sekiranya anda pernah mendapat reputasi buruk daripada pelanggan lepas.
  4. Jika anda tidak tegas dalam memberikan servis anda, anda akan ditekan oleh pelanggan dengan terpaksa memberi servis yang diluar daripada kerja-kerja asal yang perlu anda lakukan. Biasanya bayaran yang dikenakan tidak akan meningkat tapi kerja yang perlu anda buat bertambah banyak.
  5. Perlu sentiasa mencari pelanggan. Jika malas cari pelanggan, anda tak akan ada pendapatan.

Itulah kelebihan dan kekurangan dalam bisnes model servis ini. Walaupun ianya adalah bisnes tanpa modal, tapi anda perlu bijak dalam menguruskan servis yang anda berikan kepada pelanggan.

Anda perlu tahu apa yang anda boleh berikan dalam servis anda dan apa yang anda tak boleh berikan secara percuma. Inni untuk mengelakkan daripada anda melakukan kerja-kerja yang diluar skopkerja yang telah dijanjikan pada awal anda tawarkan servis kepada pelanggan.

Oh ya, sebelum saya terlupa, jika anda serius dalam bisnes servis, anda perlu sediakan dokumen perjanjian untuk melindungi anda dan pelanggan anda daripada perkara yang di luar servis anda berikan.

Dalam perjanjian tersebut mesti ada perkara seperti apa yang anda buat, apa yang pelanggan anda perlu buat, apa yang anda tak buat, apa yang pelanggan anda tak boleh buat dan perkara yang perlukan bayaran tambahan jika anda bersetuju untuk lakukan.

Kesimpulan

3 cara ataupun bisnes model yang saya ulas dalam artikel kali ini memang adalah bisnes tanpa modal. Tapi anda perlu tahu yang ‘tanpa modal’ yang saya maksudkan dalah dari segi kewangan.

Anda masih lagi perlu menggunakan modal lain seperti masa dan usaha anda. Itu adalah modal lain yang perlu anda gunakan jika anda nak buat bisnes tanpa modal dari segi kewangan.

Anda perlu pilih model bisnes mana yang paling sesuai untuk diri anda. Semua pilihan ada kebaikan dan kekurangan masing-masing. Yang penting adalah bagaimana anda manfaatkan kebaikan tersebut dan bagaimana anda uruskan kekurangan dalam model bisnes tersebut.

Apa pun pilihan di tangan anda. Anda yang tahu model mana yang sesuai dengan anda.

Saya harap agar artikel kali ini bermanfaat kepada anda. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat sila share artikel ini kepada rakan-rakan anda agar mereka juga mendapat manfaat seperti anda.


Nak Download Ebook Senarai Lubuk Income Online?

Ebook-Senarai-Lubuk-Income-Cover - Optin-Form

Isi maklumat di bawah untuk download ebook ini secara PERCUMA!


Apa reaksi anda?

Eksited Gila
0
Suka
3
In Love
2
Tak Pasti
0
Nak Gelak
0
Faisal Badry
Seorang usahawan yang telah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline sejak dari tahun 2010 lagi. Telah membantu lebih 20000 orang usahawan dalam program MDEC eUsahawan dan program-program berkaitan usahawan. Merupakan salah seorang Trainer dan content developer dalam projek eUsahawan sejak dari program pilot eUsahawan 2015. Juga merupakan konsultan bisnes serta Digital Content Creator.

Jangan malu-malu ok! Tinggalkan komen anda!

More in:Bisnes

0 %
error: Ops!! Tangan tu nak buat apa tu?