Pada 29 Oktober 2020 yang lalu saya ada membeli Panduan Rookie Saham Gakuen. Dalam artikel kali ini saya nak buat sedikit review mengenai video panduan yang saya dah beli ini.
Disclaimer: Apa yang saya tulis dalam artikel ini adalah pandangan dan pendapat saya mengenai panduan Rookie Saham Gakuen ini. Setiap orang ada pandangan yang berbeza…
Kenapa saya masukkan topik review produk ni dalam bicara usahawan?
Sebab saya nak review yang saya buat boleh jadi panduan anda dalam membeli produk-produk secara online. Saya juga nak pastikan anda tak buang masa dan duit beli produk yang anda tak perlukan atau tak sesuai dengan anda.
Tanpa membuang masa, jom baca review pertama dalam blog Bicara Usahawan!
Eh kejap, jangan lupa subscribe YouTube Channel Bicara Usahawan sekali ye!
Kandungan Artikel
Review Video Panduan Rookie Saham Gakuen
Macam yang saya dah cakap di atas tadi, saya dah beli video panduan Rookie Saham Gakuen ini pada 29 Oktober 2020 yang lepas. Jadi apa yang saya tulis dalam review ini adalah datang dari pengalaman saya sendiri tentang video panduan ini.
Bukti Resit Pembelian Rookie Saham Gakuen


Seperti yang anda lihat, saya antara early adopter yang membeli panduan ini. Masa tu harga tak lah mahal sangat. Masa saya beli tu panduan ni berharga RM 150.
Tapi bagi saya RM 150 tu terlalu murah dengan value yang ada dalam video Panduan Rookie Saham Gakuen ni.
Saya kupaskan dengan lebih lanjut kenapa saya kata nilai RM 150 tu terlalu murah untuk panduan ini.
Kandungan Utama Pakej Panduan Rookie Saham Gakuen


Ok apa yang akan anda dapat daripada pakej panduan ini adalah seperti berikut:
- Video panduan utama
- 3 panduan extra
- Bonus extra (4 bonus + ebook workbook)


Itu adalah apa yang akan anda dapat di dalam pakej panduan ini. Saya akan bincangkan dengan lebih mendalam lagi di bawah.


Kalau anda lihat dalam gambar di atas, ada 23 video dengan jumlah durasi 7 jam 59 minit (455 minit) tapi tak termasuk Extra #2 dan Extra #3.
Kalau tambah sekali dengan Extra #2 dan Extra #3, ada 31 video panduan kesemuanya!
Pecahan Kandungan Setiap Topik
Seterusnya kita tengok pula sub-kandungan untuk setiap topik. Saya pecahkan mengikut topik untuk memudahkan anda membaca dan melihatnya.
Fasa #1: Foundation


Fasa #1: Foundation ni ada 12 video dengan jumlah durasi 151 minit. Dalam fasa ini lebih kepada pengenalan dan asas bagaimana untuk anda bina asas kewangan anda sebelum anda melabur dalam saham.
Jadi video-video dalam fasa foundation ni sangat penting untuk anda hadam dan faham betul-betul. Sebab ilmu yang disampaikan dalam fasa ini semuanya ada kena mengena dengan topik-topik dalam fasa yang seterusnya.
Yang paling best dalam fasa 1 ni, anda diajar bagaimana nak tahu kaunter-kaunter yang patuh syariah (syariah compliance). Jadi kita boleh melabur dengan yakin tanpa rasa was-was.
Dalam fasa ini juga ada diterangkan tentang basic foundation tentang saham. Fasa 1 ini boleh dikatakan sebagai asas untuk anda bina mentaliti sebagai seorang investor saham.
Fasa #2: Faham Saham


Dalam Fasa #2: Faham Saham ni anda akan diajar dengan lebih mendalam tentang saham itu sendiri. Daripada jenis akaun sehinggalah jenis-jenis player saham yang wujud dalam dunia saham ni.
Anda juga akan didedahkan dengan istilah-istilah yang biasa digunakan dalam saham. Dalam fasa 2 ni juga anda akan lebih faham bagaimana nak mula melabur dalam saham.
Yang paling saya suka dalam fasa 2 ini pada video yang terakhir. Sifu saham Mr Rookie Saham ada terangkan mengenai persepsi tentang saham dan juga apa realiti sebenar saham mengikut pengalaman beliau.
Memang apa yang saya sangka sebelum ni pasal saham ternyata meleset. Banyak persepsi saya tentang saham berubah lepas saya tonton video dalam fasa ini.
Anda juga akan diajar tentang konsep transaction day di mana bila anda akan kena cas apabila transaksi belian dan jualan saham berlaku. Selain itu anda juga akan tahu apa lagi produk-produk yang berkaitan dengan saham.
Kalau dulu saya ingat bila main saham ni, kita hanya berurusan dengan kaunter-kaunter yang kita nak beli atau jual saham je, rupa-rupanya ada lagi produk-produk saham lain yang kita tak tahu.
Fasa #3: Platform Saham


Dalam fasa 3 ni tutorial dia straight forward. Ada satu video je untuk terangkan dan ajar anda tentang platform saham yang akan anda gunakan.
Tutorial dalam fasa 3 ni akan tunjukkan secara detail bagaimana anda nak gunakan platform ini dan juga tools yang ada yang mana boleh membantu anda dalam pembelian dan penjualan saham.
Saya pun tak sangka yang ada banyak tools yang anda boleh gunakan dalam platform saham ni bagi membantu anda buat keputusan untuk membeli kaunter-kaunter yang bagus. Kalau tak tengok video ni memang saya lost langsung dalam platform saham ni.
Lagipun platform yang digunakan memang user friendly dan senang untuk digunakan.
Fasa #4: Bedah Report


Ok fasa 4 adalah fasa yang paling penting dan perlu anda fokus betul-betul untuk faham.
Sebab apa? Sebab topik-topik dalam fasa 4 lebih berat daripada fasa lain yang ada dalam video panduan Rookie Saham Gakuen ni.
Apa yang anda bakal belajar dalam fasa 4 ini yang akan menentukan pemilihan anda untuk melabur dalam kaunter yang mana. Kalau anda salah baca dan tak faham betul-betul topik-topik yang diajar dalam fasa ini, anda mungkin akan pilih kaunter yang salah.
Kalau anda tengok topik-topik yang ada dalam fasa 4 ni, macam dah nak belajar subjek akaun pulak kan?
Anda jangan risau sebab ianya hanyalah asas dalam akaun dan anda tak buat pun akaun tu. Anda hanya belajar macam mana nak baca semua statement akaun yang terdapat pada syarikat-syarikat yang anda nak labur tu.
Kenapa ianya penting dan ianya dimasukkan dalam video Panduan Rookie Saham Gakuen ni?
Saya boleh katakan ianya adalah sebagai kayu ukur sebagai panduan untuk anda analisis prestasi syarikat yang anda nak letakkan duit pelaburan tu. Jadi kebarangkalian untuk anda melabur dalam kaunter yang tak untung tu rendah lah.
Lagipun mazhab ajaran Rookie Saham Gakuen ni adalah melabur saham gaya investor. Anda akan diajar bagaimana nak melabur dalam syarikat yang berprestasi tinggi dan dapat untung serta kebelihan-kelebihan yang ditawarkan syarikat tersebut.
Memang mula-mula saya rasa pening jugak nak hadam topik-topik yang ada dalam fasa 4 ni. Tapi saya gagahkan jugak dan ulang sampai saya betul-betul faham.
Bukan itu sahaja, saya juga ada download laporan tahunan beberapa syarikat untuk saya buat analisis prestasi syarikat yang saya nak laburkan duit saya tu.
Extra #1: Game Long Term Saham (Case Studies)
Dalam topik extra 1 ni pulak, anda akan didedahkan dengan strategi game long term saham berdasarkan case study yang sebenar. Ini adalah perkongsian daripada sifu Mr Rookie Saham.
Saya boleh katakan yang video ini adalah golden nugget dalam panduan Rookie Saham Gakuen ni untuk anda sekiranya anda faham dan dapat tangkap point-point yang beliau cuba sampaikan.
Jangan risau, senang nak faham apa yang disampaikan dalam video tersebut. Yang penting adalah anda tengok betul-betul case study yang beliau share dalam video ni.
Extra #2: Rakaman Webinar


Untuk Extra 2 ni masa saya beli dahulu tak ada lagi. Ini baru ditambah dalam pakej Rookie Saham Gakuen. Basically ini adalah rakaman webinar yang diadakan pada bulan 10 2020 yang lalu.
Ada 4 siri webinar yang dijalankan selama 4 hari. Penuh dengan info-info yang padat dan terbaik untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dalam dunia saham ni.
Kalau anda baru bermula atau yang dah lama tapi baru nak tahu pasal saham gaya investor, saya memang highly suggest yang anda tengok 4 siri video webinar ni.
Ini saya boleh katakan sebagai asas yang paling asas dalam menjadi investor saham.
Extra #3: Rakaman Revision Session


Modul ini adalah rakaman semasa sesi ulangkaji untuk pembeli awal video panduan Rookie Saham Gakuen. Dalam sesi ini kami di’guide’ oleh fasilitator En Syed Faiz yang dah ada portfolio dalam BSKL.
Dlaam sesi ni kami dapat lebih pemahaman tentang bagaimana nak jadi seorang investor saham yang berjaya. Bukan hanya trader, tapi untuk long term game plan sebagai seorang investor saham.
Banyak info-info tambahan yang ditunjukkan dalam sesi revision ini. Saya boleh katakan video utama dari point of view sifu Mr Rookie Saham, dalam sesi ulangkaji ni kita boleh lihat dari point of view anak murid beliau yang dah ada portfolio dalam BSKL.
Memang sangat-sangat teruja dengan apa yang En Syed Faiz kongsikan dalam sesi ulangkaji ni. Kaunter-kaunter yang beliau invest, pengalaman beliau dalam BSKL dan tips-tips dalam membeli dan menjual saham.
Saya memang rekomen anda untuk tonton sesi ulangkaji ni untuk kukuhkan pengetahuan anda dalam topik-topik yang dah anda belajar dalam video panduan Rookie Saham Gakuen.
Bonus Extra
Ok bahagian ni dulu tak ada lagi masa kami batch pertama beli dulu. Bonus-bonus extra ni saya boleh katakan antara benda yang sangat bernilai dalam panduan Rookie Saham Gakuen ni.
Serius saya katakan yang benda ni memang sangat valuable sebab saya sebagai pembeli terawal pun rasa bonus-bonus ni banyak membantu kami dalam untuk lebih memahami bagaimana nak jadi pelabur saham yang bijak.
Jom kita tengok satu-satu apa yang ada dalam bonus ni.
Bonus #1: Calculator Saham


Bonus 1 ni adalah antara tools yang sangat penting dan membantu untuk anda kira bajet sebelum anda membeli kaunter saham pilihan anda. Anda boleh kira dengan pelaburan yang anda buat berapa keuntungan atau kerugian yang anda akan dapat setelah melabur.
Tools ini dibuat sendiri oleh sifu Mr Rookie Saham dan beliau sendiri menggunakan tools ini sebelum beliau mula invest dalam kaunter saham pilihannya.


Formula-formula yang digunakan dalam kalkulator ini dibuat sendiri oleh sifu berdasarkan pengalaman beliau dalam dunia saham ni.
Jadi bagi saya kalkulator saham ini adalah “hidden weapon” anda untuk anda forecast untung rugi dalam pelaburan yang anda buat. Kalau kita dah tahu berapa yang kita kena invest dan berapa untung yang kita akan dapat, lagi senang dan yakin untuk kita melabur.
Bonus 1 ini adalah bonus terbaik yang diberikan dalam panduan Rookie Saham Gakuen untuk bantu kita elak kerugian semasa membeli saham.
Bonus #2: Financial Ratio


Bonus 2 ni tak kurang juga hebatnya. Tools dalam bonus kedua ni sangat membantu dalam anda membuat analisa syarikat-syarikat yang ingin anda melabur.
Dalam Fasa 4 yang saya dah terangkan di atas, kita ada belajar macam mana nak baca data-data kewangan syarikat untuk memantau dan menilai prestasi syarikat.
Tools dalam bonus 2 ini mempercepatkan anda untuk proses data-data tersebut


Seperti yang anda lihat dalam preview di atas, anda hanya perlu extract maklumat-maklumat yang diperlukan dalam jadual yang diberikan untuk dapatkan data prestasi syarikat yang anda nak invest.
Benda ni sangat-sangat membantu dan shortcut untuk kita buat analisis prestasi syarikat dengan lebih cepat. Kalau buat sendiri, mahu ambil masa jugak sebab nak kena tengok balik video untuk tahu item apa yang kita nak gunakan dalam analisis kita.
Kalau anda macam saya yang masih baru, agak susah jugak untuk kita buat jadual macam kat atas tu.
Terima kasih tim Rookie Saham Gakuen sebab sediakan tools yang berguna dan mempercepatkan proses analisis kami.
Bonus #3: Roadmap


Bonus 3 ni lebih kepada panduan untuk anda faham flow untuk menjadi investor dalam saham. Masa saya mula-mula dapat panduan ini dulu, tak ada lagi roadmap ni.
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tim Rookie Saham Gakuen sebab buatkan roadmap ni untuk kami. Ianya memudahkan kami untuk melihat dan menyusun strategi apa yang nak dibuat seterusnya.


Saya sendiri dah print raodmap ni dan tampal dekat dinding untuk lebih jelas flow dan perjalanan saya dalam menjadi sebagai investor dalam saham. Workbook tu saya print macam tu sebab nak jimat kertas (Hehehe). Maklumlah, sekarang ni duit sangat limited…
Bonus #4: DCA Method


Apa dia DCA method ni?
Ok DCA method ni adalah Dollar Cost Averaging. Atau untuk lebih tepat dalam pasaran kita di Malaysia kita boleh katakan sebagai Ringgit Cost Averaging (RCA).
Kegunaan benda ni adalah untuk kita tentukan adakah kita patut beli lebih lagi saham sekiranya berlaku fluctuation dalam market.
Ok, ketidak seimbangan market ni berlaku sekiranya ada rumors atau berita-berita yang boleh memberi kesan ke atas stock market.


Dengan data yang ada ni lebih mudah untuk anda buat keputusan untuk tambah unit saham anda atau kekalkan unit yang ada.
Bonus #5: Workbook




Bonus 5 ni adalah workbook yang anda boleh gunakan untuk mencatat nota dan point-point penting yang anda dapat ketika sedang menonton video panduan.
Orang kata, bila kita menulis ni lagi kita faham apa yang disampaikan.
Dulu masa saya mula-mula beli, workbook ni tak ada lagi. Nota semua catat dalam buku nota sendiri. Jadi bila belajar tu, ada yang kurang faham saya akan tandakan sebab masa saya beli tu mereka ada umumkan akan ada kelas revision.
Jadi saya ambil peluang untuk tonton semua video 2 kali untuk dapatkan point penting dan soalan yang nak di tanya masa sesi revision hari tu.
Sekarang mereka dan berikan satu workbook yang saya lihat sangat menarik dan mudah untuk difahami. Anda hanya perlu isi dan catat nota dalam workbook tu.
Ini adalah satu bonus tambahan yang bagus untuk pembeli panduan Rookie Saham Gakuen.
Dengar berita, pembeli yang beli panduan Rookie Saham Gakuen pada 28hb ni akan dapat workbook ni dalam bentuk fizikal. Terbaiklah Tim Rookie Saham Gakuen sebab bagi bonus ni.
Pandangan Saya Tentang Panduan Rookie Saham Gakuen Ni
Saya dah pun huraikan kandungan yang ada dalam panduan Rookie Saham Gakuen ni kepada anda di atas. Sekarang saya nak berikan pandapat saya tentang panduan ni.
Bagi saya, panduan Rookie Saham Gakuen (rasa dah dijenamakan semula sebagai Mazhab Saham Gaya Investor) memang bagus dan patut dimiliki oleh mereka yang nak masuk dalam dunia saham ni.
Tambah-tambah lagi kalau anda adalah orang yang baru dalam dunia saham ni macam saya.
Apa yang disampaikan dalam panduan ini cukup padat. Ilmu-ilmu yang disampaikan cukup padu dan sangat-sangat membantu anda jika anda hendak memulakan karier anda sebagai full time atau part time investor saham.
Dengan tools yang kita dapat sebagai bonus ini membolehkan kita buat ‘decision’ untuk ke ‘next step’ dalam tambah pegangan saham kita dengan lebih mudah. Kita dah nampak ‘numbers’ yang boleh bantu kita buat keputusan yang lebih tepat.
Tak salah untuk jadi trader, sebab dalam panduan ni pun ada jugak diajar macam mana nak trade saham. Tapi apa yang diajar dalam panduan Rookie Saham Gakuen (maaf kalau saya banyak gunakan nama Rookie Saham Gakuen sebab saya beli panduan ni dulu atas nama ni) ni menjurus kepada long term game dalam saham.
Inilah juga yang orang-orang kaya buat dengan duit lebihan yang mereka ada untuk menggandakan lagi duit mereka.
Kenapa saya cakap begitu, sebabnya orang-orang kaya ni biasanya ada kerja hakiki yang mereka perlu buat. Mereka tak ada masa untuk tengok chart saham 24 jam. Mereka perlu lakukan tugas hakiki mereka untuk mendapatkan pendapatan mereka setiap bulan.
Jadi platform saham ini, akan jadi sumber pendapatan pasif mereka. Kalau anda nak untung dalam saham, inilah yang anda perlu lakukan. Lagipun tak ada lah stress sangat nak tengok chart saham tu kan?
Panduan ini juga sesuai untuk mereka yang berniaga macam saya. Sangat sesuai untuk usahawan kerana anda boleh jadikan platform saham ni sebagai ‘retirement plan‘ anda.
Saya yakin, majoriti mereka yang berniaga tak ada pencen. Jadi platform saham ni adalah tempat yang sesuai untuk usahawan jadikan sebagai mesin jana duit pencen anda.
Saya suka dengan mentaliti yang diterapkan dan diajar dalam panduan Rookie Saham Gakuen ni. Kita akan diajar bagaimana nak jadi investor saham yang berjaya. Bukannya jadi orang yang duduk 24 jam tenung chart saham sebab nak cari point bila nak jual balik saham supaya boleh dapat untung.
Mentaliti investor, cari syarikat yang perform, labur dalam syarikat tersebut dan rileks sambil perhatikan prestasi syarikat. Bermakna pendapatan anda akan berkembang dengan syarikat yang anda labur.
Kita pun boleh buat aktiviti kita seperti biasa, jalankan tugas-tugas dalam kerja kita sebagai pendapatan aktif kita. Saham kita jadikan sebagai sumber pendapatan pasif kita.
Bagaimana Nak Dapatkan Panduan Ini?


Buat masa ni semasa artikel review ini ditulis, jualan untuk panduan ni masih belum lagi dibuka. Tapi saya ada dapat maklumat dari “orang dalam” yang jualan panduan Rookie Saham Gakuen (Mazhab Saham Gaya Investor) akan dibuka semula pada 28 Januari (10 pagi) sehingga 3 Februari (11.59 malam) 2021.
Alhamdulillah… Saya ada maklumat jualan panduan ini yang terbaru;


Ini adalah info terbaru yang saya dapat malam ini (26/01/2021). Yang dekat atas tu adalah screenshot pelan harga untuk panduan ini apabila ia dilancarkan pada 28/01/2021 nanti.
Saya rumuskan kelebihan yang akan anda dapat apabila bertindak awal membeli panduan ini pada 28/01/2021 nanti.
- 28/1/2021 – Harga early bird + T-shirt + Printed Workbook = RM 200
- 29/1 – 30/1/2021 – Fast track + Printed Workbook = RM 250
- 31/1 – 1/2/2021 – Harga pengenalan = RM 300
- 2 – 3/2/2021 – Harga biasa = RM 350
Untuk upsell pulak anda perlu tambah RM 100 untuk dapatkan kelebihan berikut;
- Free update & upgrade selama 3 tahun (sampai 2023)
- Kelas Online “Urus Wang“
- Modul #1: Urus Pendapatan
- Modul #2: Urus Cashflow
- Modul #3: Urus Pelaburan
- Modul Bonus: Penyucian Saham
Saya memang sarankan untuk anda ambil pakej upsell yang mereka tawarkan ni sebab kelebihan yang akan anda dapat tu sebenarnya lebih daripada harga upsell yang mereka tawarkan tu.
Tapi ianya terpulang kepada anda nak ambil ke tak nak.
Kalau tanya saya, saya akan ambil. Sebab kita akan dapat update panduan ni selama 3 tahun! Lepas tu siap bagi kelas untuk ajar kita bagaimana nak uruskan wang dengan baik supaya kita dapat melabur dengan lebih confident dan selamat.
Kalau ikutkan dekat luar sana, kelas-kelas pengurusan wang ni boleh tahan juga harganya.
Tapi dengan tambah lagi RM 100 daripada harga asal panduan, anda dapat hadir kelas pengurusan wang dengan harga yang murah.
Jadi saya nasihatkan anda book tarikh 28/1/2021 (10 pagi) tu untuk dapatkan panduan ni pada harga early bird serta bonus exclusive yang dapat pada hari pertama sahaja!
Jualan telah dibuka! Dapatkan panduan saham anda hari ini!
Beli Panduan Mazhab Gaya Investor Sekarang!
Sementara untuk menunggu tarikh jualan dibuka, saya suggest untuk anda tengok dulu video PERCUMA tentang Case Study Kesilapan Saham Rugi. Ini juga adalah real case study berdasarkan pengalaman sifu Mr Rookie Saham.
7 Video Case Study Gagal Saham


Isi maklumat dalam borang di bawah untuk tonton video PERCUMA ini!
Ini preview video-video yang anda akan dapat selepas anda mengisi borang di atas.


Bagi yang dah isi, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Secara automatik anda akan dimasukkan dalam waiting list untuk panduan Rookie Saham Gakuen ini dibuka jualannya.
Saya rasa dah panjang sangat saya tulis artikel review ini. Saya harap agar anda dapat lihat secara keseluruhan apa yang ada dalam panduan Rookie Saham Gakuen (Mazhab Saham Gaya Investor).
Kalau anda dah pernah beli masa batch pertama dulu boleh tinggalkan rating review anda. Saya buka untuk anda tinggalkan review ringkas anda tentang panduan saham ini.


Rookie Saham Gakuen (Mazhab Saham Gaya Investor)
Video panduan dari basic untuk anda faham fundamental dalam saham dan bagaimana nak jadi seorang investor saham. Beza investor saham dengan trader saham adalah investor untuk long term, manakala trader untuk shirt term. Video tutorial yang diberikan sangat komprehensif dan tools yang disediakan dalam pakej panduan ini sangat membantu dalam perjalanan anda untuk menjadi seorang investor saham yang berjaya.
Kelebihan Panduan Rookie Saham Gakuen (Mazhab Saham Gaya Investor)
- Video tutorial yang komprehensif
- Video yang mudah untuk difahami
- Tools yang sangat membantu
- Support yang mesra
- Sangat sesuai bagi mereka yang nak main saham untuk long term
Kekurangan Panduan Ini
- Tak berapa sesuai untuk mereka yang nak main saham short term
- Tak sesuai untuk orang yang malas
Review Produk
Terima Kasih
Review Anda Sangat Saya Hargai
Terbaik tuan
Semoga bermanfaat…
ramai yang pasti nak material belajar saham macam ni, sbb kalau nak ke kelas lebih mahal yuran. material mcm ni boleh tonton ulang ulang