Nak tengok dalam bentuk video? Saya ada kupas tajuk mengenai perangai bisnes partner yang teruk ni dalam bentuk video. Feel free untuk tonton di YouTube Channel Bicara Usahawan atau tengok terus di bawah ni.
Jangan lupa untuk Subscribe dan tekan loceng notification Channel YouTube Bicara Usahawan sebagai semangat untuk saya berikan dan berkongsi content yang berkualiti untuk anda.
Dalam artikel yang lepas saya ada kongsikan tentang pernagai buruk orang berhutang. Kalau anda belum baca lagi boleh baca artikel 4 Jenis Perangai Buruk Orang Berhutang.
Saya harap artikel tersebut boleh beri manfaat kepada anda yang membacanya.
Baiklah, kita terus fokus ke topik kita untuk artikel kali ini.
Kali ni saya nak fokuskan kepada perangai bisnes partner yang patut anda jauhi atau kalau boleh elak terus. Kalau anda berpartner dengan mereka ini, anda sendiri yang akan susah.
Atau lebih buruk lagi, bisnes anda tak akan berjaya dan anda tak boleh nak serlahkan potensi sebenar diri anda.
Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya berhadapan dan berpartner dengan bisnes partner yang ada perangai buruk ni.
Saya bersyukur sebab Allah berikan saya ujian ini supaya ianya menjadi pengajaran kepada saya dalam memilih bisnes partner untuk bisnes saya. Mungkin juga ianya menjadi asbab untuk saya berkongsi dan kupas lebih dalam mengenai topik ini kepada anda.
Tak semua orang yang mempunyai perangai macam ni, tapi kalau anda jumpa mereka yang mempunyai pernagai macam ni baik elakkan dari bekerjasama dengan mereka dari awal.
Sebelum anda susah, lebih baik anda cari orang lain yang lebih baik daripada mereka ni.
Kandungan Artikel
10 Perangai Bisnes Partner Yang Perlu Anda Jauhi
Lagi sekali saya nak ingatkan kepada anda, yang penulisan saya dalam artikel ini adlaah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya terhadap mereka yang mempunyai perangai sebegini.
Perangai Bisnes Partner Yang Tidak Tepati Masa


Ikut pengalaman saya kalau seseorang itu tidak menepati masa dari awal anda jumpa mereka, mereka ini adalah antara orang yang anda tak boleh nak percaya.
Kalau lambat sikit 10 – 15 minit tu boleh dimaafkan lagi kalau ada sebab musabab yang boleh diterima akal.
Tapi kalau dah setiap kali nak jumpa, dialah yang paling lambat sampai anda kena tunggu lebih 30 minit. Kadang-kadang tu langsung tak datang tapi tak pulak dia maklumkan kepada anda nak datang ke tidak.
Sudahnya anda terpaksa tunggu di tempat yang dijanjikan sampai berjam-jam tanpa sebarang berita kemunculan mereka.
Yang paling saya tak suka dengan perangai bisnes partner yang macam ni adalah, kalau mereka sampai awal mereka akan merungut dan marah anda sebab anda buat mereka tertunggu-tunggu kehadiran anda.
Walaupun anda seminit lewat daripada mereka anda akan dipersalahkan seumpama anda dah buat satu kesalahan yang sangat besar. Tapi mereka lupa yang mereka tu pernah biarkan anda menunggu mereka lebih lama daripada mereka tunggu anda.
Orang yang macam ini adalah orang yang sangat pentingkan diri sendiri dan tak hormat kepada masa anda.
Lebih teruk lagi mereka ni langsung tak hormat kepada anda dan mereka rasa mereka lebih baik daripada anda. Mereka juga akan layan anda macam kuli yang tak bergaji.
Mereka tak akan layan anda sebagai seorang bisnes partner. Mereka akan suruh anda buat pelbagai kerja dan berikan anda banyak tugas sedangkan mereka hanya pandai memberikan arahan kepada anda.
Jika ada sebarang masalah yang timbul mereka akan cepat menyalahkan anda dan mereka langsung tak rasa mereka buat benda yang salah. Dengan kata lain, mereka tak buat silap, tapi semua kesilapan adalah ditanggung oleh anda.
Perangai Bisnes Partner Yang Tak Tepati Janji


Jika mereka berjanji, mereka akan beri banyak alasan untuk tunaikan janji mereka. Mungkin bagi mereka tunaikan janji mereka bukanlah satu tanggungjawab sebaliknya adalah sesuatu yang kecil dan boleh dilupakan.
Bagi saya, perangai bisnes partner yang tak tepati janji ini adalah orang yang langsung tak boleh dipercayai.
Sebelum dapat projek, bermacam-macam janji manis ditabur untuk menarik minat anda supaya membantu mereka dalam projek tersebut.
Tapi bila dah dapat projek, lain pulak jadinya! Janji-janji yang sebelum ni kepada anda dengan rasa tak bersalah mereka tukar kepada janji yang hanya menguntungkan mereka.
Bukan itu sahaja, pembayaran kerja-kerja yang anda lakukan pun tak dibayar mengikut masa yang dijanjikan. Bermacam-macam alasan yang digunakan untuk tidak bayar hak anda.
Lebih malang lagi, kalau melibatkan hutang. Mereka ni langsung tak rasa bersalah tak bayar hutang mereka. Malah mereka akan marahkan andaa sebab tuntut hutang anda yang mereka sendiri buat.
Lagi parah ada sampaikan mereka sanggup putuskan perhubungan dengan anda kerana anda tuntut hak anda (hutang) kepada mereka.
Selalu Ubah Bisnes Direction


Ini lagi satu perangai bisnes partner yang perlu anda elakkan. Sebab apa?
Sebabnya mereka ni akan menyebabkan bisnes yang anda jalankan tidak berkembang dan akan hilang fokus.
Mereka ni jenis yang suka berpindah-pindah model bisnes mengikut citarasa mereka dan mereka akan paksa anda terima pandangan mereka. Mereka langsung tak hormat malah abaikan sahaja pandangan anda.
Bagai mereka apa yang mereka buat tu semua betul, tanpa ada sebarang check and balance untuk tentukan apa yang mereka buat tu betul.
Sudahnya, anda akan bazir masa dan tenaga untuk bangunkan bisnes baru.
Sekejap buat bisnes A, tak sampai sebulan dah kena buat bisnes B. Sedangkan bisnes A tadi belum lagi sampai tempoh matang. Baru plan dan tak sempat nak buat apa-apa dah kena buat bisnes B pulak.
Lama-lama anda akan rasa penat dan hilang tenaga untuk terus buat kerja. Sudahnya bisnes tak tahu hala tuju dan anda terpaksa bekerja keras untuk sentiasa bangunkan bisnes baru.
Suka Cakap Belakang


Depan cakap baik, belakang cakap buruk tentang anda. Orang yang macam ni lagi anda tak boleh percaya.
Mereka hanya cakap baik di depan anda untuk mengambil hati anda supaya nanti senang mereka nak suruh anda buat kerja.
Di depan anda mereka akan puji anda dan cakap yang baik-baik tentang anda.
Tapi belakang anda, mereka akan cerita benda-benda buruk tentang anda. Malah mereka sanggup cerita benda yang tak betul tentang anda untuk nampak anda ni memang buruk di mata orang lain.
Kan dah jadi fitnah tu. Perangai bisnes partner yang ini anda perlu berhati-hati kerana mereka ini adalah orang yang sangat licik untuk memanipulasi anda untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
Mereka ni, bila anda sudah tidak boleh digunakan lagi untuk kepentingan mereka anda akan dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Suka Gunakan Nama Orang Lain


Lagi satu perangai bisnes partner yang patut anda ambil perhatian adalah jenis yang suka menggunakan nama orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka nak.
Atas alasan sebagai salah seorang “team” member, mereka sedaya upaya akan menggunakan nama anda untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Contoh, kalau mereka nak gunakan penapis air Cuckoo, mereka akan suruh anda daftar dengan menggunakan nama anda atas alasan untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Alasannya, kalau guna nama syarikat akan ada banyak proses dan melambatkan proses.
Bila mereka tak nak gunakan lagi penapis air tersebut, dengan rasa tak bersalah mereka akan berhenti membayar bayaran bulanan untuk penapis air tersebut.
Selepas itu bermula lah episod anda dikejar pengutip hutang Cuckoo. Bila dirujuk masalah ini kepada mereka, jawapan mereka mudah sahaja “saya dah tak gunakan penapis air ni, jadi dah tak ada kepentingan untuk saya bayar penapis air ni”.
Bayangkan apa perasaan anda kalau jumpa untuk mengadu masalah yang ditimbulkan oleh mereka tapi diberi jawapan macam tu?
Mereka ni bukan gunakan nama anda untuk satu benda je, bermacam-macam benda mereka akan gunakan dari perkhidmatan internet bulanan (untuk kegunaan mereka) sampailah ke akaun bank perniagaan anda pun akan mereka gunakan.
Alasan mereka “team” mesti sanggup berkorban untuk perniagaan boleh berkembang maju. Tapi masalahnya, mereka sendiri tak nak berkorban tapi mereka akan korbankan anda untuk kepentingan mereka.
Suka Berhutang Tapi Liat Nak Bayar


Ini lagi satu jenis orang yang tak patut anda percaya. Perangai bisnes partner macam ni memang tak boleh pakai punya orang.
Yang ni jenis suka meminjam kepada m=orang-orang yang mereka kenal sebab mereka boleh mainkan emosi untukmengelak daripada membayar balik hutang yang mereka dah buat.
Kalau tak ada duit anda lah yang mereka cari untuk meminjam daripada anda. Tapi bila dah dapat pinjam, mereka akan beri banyak alasan dan sedaya upaya mengelak daripada membayar hutang anda.
Pengalaman saya, sampai satu tahap mereka sanggup putus kawan sebab tak nak bayar hutang punya pasal.
Kalau tak mampu nak bayar tu lain cerita, tapi yang mampu tapi tak nak bayar ni lah yang masalah.
Dekat media sosial sibuk tayang kemewahan, kejayaan, bercuti dan macam-macam lagi. Tapi bila minta bayar hutang punya liat nak bayar.
Sampaikan mereka sanggup keluarkan kata-kata “nanti dah mati baru akau bayar hutang kau” bila didesak untuk bayar hutang mereka.
Sebab tu lah ada orang kata kalau tak nak putus kawan jangan bagi pinjam duit.
Perangai Bisnes Partner Yang Suka Cakap Besar


Kalau anda jumpa mereka yang mempunyai perangai macam ni elak dari jadikan mereka ni sebagai bisnes partner anda.
Biasanya mereka yang suka cakap besar macam ni hanya bercakap kosong. Mereka nak nampak hebat dihadapan orang lain sampaikan sanggup menipu.
Perangai bisnes partner macam “tin kosong” ni hanya pandai bercakap tapi buat tak pandai. Kata-kata yang mereka keluarkan dari mulut mereka semuanya untuk menampakkan mereka lebih hebat daripada orang lain.
Tapi hakikatnya orang yang seperti ini biasanya sangat bergantung kepada keupayaan orang lain untuk menyerlahkan kehebatan mereka.
Mereka lupa yang mereka hanya menggunakan keupayaan orang lain sedangkan mereka sendiri tak ada keupayaan untuk lakukan apa yang mereka cakap tu.
Dan biasanya mereka suka ambil kredit daripada usaha orang lain dan kata mereka yang buat semua tu. Orang macam ni jenis orang yang tak menghargai usaha dan penat lelah orang lain membantu mereka.
Suka Ungkit Kebaikan Kecil Yang Pernah Mereka Buat


Orang yang ada perangai macam ni kalau dia jadi bisnes partner anda, jangan terima apa-apa daripada mereka.
Sebab apa?
Sebabnya mereka ni jenis yang suka mengungkit setiap kebaikan yang mereka dah buat kepada anda walaupun kecil. Bagi mereka kebaikan kecil yang mereka buat tu sangat besar dan anda patut ingat sampai bila-bila.
Tapi mereka lupa kebaikan yang anda dah buat kepada mereka. Bagi mereka anda langsung tak ada lakukan kebaikan kepada mereka sebab mereka pandang kebaikan yang anda buat tu sangat kecil dan boleh diabaikan.
Biarpun anda pernah bantu dia keluar dari kesusahan. Dia tak nampak benda tu tapi apa yang dia nampak dia pernah tolong anda dengan bagi RM 50 atas kerja berat yang dia bagi.
Bagi dia pemberian RM 50 tu lebih bagus daripada pertolongan anda keluarkan dia dari kesusahan.
Mereka Yang Layan Anda Macam Staf Tak Bergaji


Bisnes partner adalah orang yang bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan bisnes. Bukannya seorang staf yang boleh disuruh untuk lakukan kerja tanpa sebarang gaji.
Ini merupakan satu jenis penindasan halus yang banyak dilakukan oleh bisnes partner yang ada perangai buruk ni.
Atas alasan anda berada dalam satu “team” dengan mereka, anda boleh dikerah untuk melakukan kerja tanpa sebarang bayaran.
Anda boleh lihat mereka yang sebegini selalunya hanya pandai memberi arahan kepada bisnes partner mereka sahaja. Lagi sedih bila segala susah payah anda tu mereka akan cakap mereka yang buat seorang tanpa bantuan sesiapa.
Lagi malang bila mereka ni jenis suka melepaskan kemarahan kepada anda seperti anda staf yang dibayar gaji. Kadang-kadang perkara yang tak melibatkan perniagaan pun anda kena marah.
Orang macam ni biasanya tak ada rasa hormat terhadap diri anda. Jadi jangan dekati orang begini.
Anda boeh kenal orang yang berperangai macam ni bila dia suka memberi arahan dan tugas yang banyak dan diluar skop kerja yang dia dah janji bila nak bekerjasama dengan anda. Mereka tak buat apa pun tapi hanya bagi arahan buat itu dan ini.
Bila dapat hasil mereka akan merasa bangga dan lupakan anda.
Perangai Bisnes Partner Yang Gila Kuasa


Ini lagi satu perangai bisnes partner yang pentingkan diri sendiri. Mereka ni terlalu gilakan kuasa sampaikan tak boleh ada orang lain yang berada di atas mereka.
Biasanya orang yang macam ni suka untuk “offer” diri mereka untuk menjadi ketua. Mereka memang pandai berikan pelbagai sebab untuk memastikan mereka dipilih untuk menjadi ketua.
Satu sahaja sebabnya adalah, mereka rasa mereka lebih hebat dan mereka tak boleh lihat orang lain lebih hebat daripada mereka.
Kalau anda jumpa orang yang begini jauhi mereka dari awal lagi. Perangai bisnes partner yang macam ni kelak akan menyusahkan anda di masa akan datang.
Kesimpulan
Buat bisnes memang perlukan partner untuk bisnes anda berkembang dan pergi lebih jauh. Tapi salah pilih bisnes partner boleh menjahanamkan diri anda.
Bukan sahaja bisnes hancur, tapi anda terpaksa menanggung beban hutang yang bukan anda buat. Mereka langsung tak ada rasa tanggung jawab sebab hutang tersebut bukanlah dibuat atas nama anda.
Mereka hanya mahukan nama mereka kekal bersih biarpun nama anda nampak buruk dan sampaikan kena “black list” sebab hutang yang terpaksa anda tanggung. Bagi mereka biarlah orang lain merana asalkan mereka tak merana sama macam anda.
Kalau nak pilih partner, sila lah pilih mereka yang tiada perangai yang saya sebutkan di atas tadi. Carilah perangai bisnes partner yang bagus dan jangan cari mereka yang berperangai buruk.
Sekian dahulu perkongsian saya kali ini. Kalau anda rasakan perkongsian saya kali ini bermanfaat jangan lupa share untuk orang lain mendapat manfaat yang sama macam anda.
Kalau ada sebarang komen ataupun cadangan anda boleh komen di bawah. Nak cerita pengalaman anda pun boleh.