bisnes online

5 Idea Bisnes Internet Mula Segera

Nak bermula berniaga tetapi tiada idea? Sebenarnya ramai dikalangan individu hari ini yang mahu berniaga tetapi tidak tahu bagaimana bermula.

Sekiranya anda telah membulatkan tekad untuk berniaga, segera lakukanya. Masalah seperti tiada modal tidak menjadi masalah untuk bermula di internet.

Berikut adalah 5 idea bisnes internet mula segera yang boleh anda pilih dalam memulakan perniagaan.

5-idea-bisnes-internet-mula-segera
5-idea-bisnes-internet-mula-segera. Gambar Carian Google

1. Droship

Tak ada modal untuk bermula? cubalah affiliate. Anda hanya perlu mencari mana-mana pembekal yang menyediakan peluang ini. Dapatkan bahan-bahan seperti gambar produk, ayat promosi dan sebagainya dari pembekal. Tugas anda hanyalah jalankan pemasaran. Jika ada yang berminat, anda hanya perlu terima duit dari pembeli. Duit itu pula anda bayarkan kepada pembekal. Biasanya keuntungan untuk seorang affiliate dalam linkungan RM10 ke RM50 untuk seunit barang.

2. Agen Affiliate

Cara kedua adalah dengan mendaftar menjadi agen affiliate. Seperti juga droship, anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain. Biasanya produk yang ditawarkan adalah produk digital. Selepas mendaftar sebagai affiliate, anda akan menerima satu link khas milik anda. Anda hanya perlu mempromosikan link tersebut di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai seperti Facebook. Apabila ada yang klik link khas anda dan buat pembelian, anda akan menerima komesin. Saya juga ada menyiapkan satu laporan berbentuk video secara percuma. Anda boleh memuat turun video tersebut disini –>> 5 Kesilapan Serius Newbie Affiliate

3. Tulis ebook

Sekiranya anda mempunyai bakat dalam penulisan, anda boleh menghasilkan sebuah ebook dan menjualnya. Kos untuk menerbitkan sebuah ebook adalah sangat murah, malah boleh dikatakan hampir tiada modal. Ebook yang telah siap, anda boleh jualkan ia berkali-kali selagi topik yang anda tulis itu relevan. Harga untuk sebuah ebook bergantung yang biasa dijual dari serendah RM10 hingga ratusan ringgit.

4. Perkhidmatan

Sekiranya anda mempunyai kemahiran-kemahiran seperti suntingan gambar, video editing, asas html, apa kata anda iklankan kemahiran anda itu di media-media sosial atau pun forum-forum. Biasanya kemahiran seperti yang disebut sememangnya menjadi pilihan bagi kebanyakkan usahawan dalam mempercepatkan kerja-kerja mereka.

5. Video Youtube

Cara terakhir ini adalah cara yang masih kurang diceburi oleh kebanyakkan orang. Sebenarnya dengan memuat naik video ke Youtube, anda sudahpun boleh menjana pendapatan dengan pengiklanan dari Google Ads. Agak lumayan bayarannya kerana Google membayar anda dalam mata wang USD. Anda boleh hasilkan video yang ringkas hanya dengan menggunakan kamera telefon pintar anda. Mungkin anda ada seekor kucing yang cantik dan kelakar. Rakamkan aksinya, dan muat naik ke Youtube. Mudah sangatkan? Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut, sila lawati disini –>> Duit Video

Itulah 5 idea bisnes internet mula segera yang boleh anda cuba. Pilih salah satu yang anda rasakan sesuai dengan anda. Jangan tunggu-tunggu, terus sahaja mulakan langkah pertama.

Saya doakan anda beroleh manfaat daripada penulisan saya yang tak seberapa ini.